Kenderaan elektrik tiga roda dijual tahun hadapan

Kenderaan elektrik tiga roda dijual tahun hadapan

DETROIT, 9 Sept – Kenderaan elektrik tiga roda mungkin digunakan di jalan raya pada akhir tahun ini di AS dan Kanada.

Electra Meccanica Vehicles Corp dari Vancouver, British Columbia, melancarkan Solo yang mempunyai satu tempat duduk pada hari ini. Solo mungkin dijual seawalnya pada November sementara menunggu kelulusan daripada pengawas AS dan Kanada. Ia berharga kira-kira AS$15,500.

Dua ratus orang telahpun memberi deposit yang boleh dibayar balik sebanyak 250 dolar Kanada untuk mendapatkan Solo, kata jurucakap Electra Meccanica Jeff Holland. Mereka yang meletak deposit sekarang boleh menjangka penyerahan selepas suku pertama 2017. Syarikat berharap dapat menjual Solo di seluruh dunia.

Gambar serahan Electra Meccanica Vehicles Corp. menunjukkan sebuah kenderaan dengan satu tempat duduk yang dihasilkan oleh The Vancouver yang berpangkalan di Kanada. – AP
Gambar serahan Electra Meccanica Vehicles Corp. menunjukkan sebuah kenderaan dengan satu tempat duduk yang dihasilkan oleh The Vancouver yang berpangkalan di Kanada. – AP

Solo dikelaskan sebagai sebuah kereta di Kanada dan sebagai autosikal di 41 negeri AS, kata Holland. Ia bermakna ia tidak memerlukan pengguna untuk memakai topi keledar atau memiliki lesen motosikal, tetapi ia juga tidak mempunyai beberapa ciri-ciri keselamatan yang diwajibkan dalam kereta, seperti beg udara.

Solo mempunyai dua roda depan dan satu roda belakang dan adalah 10 kaki panjang, atau 14 inci lebih panjang daripada kereta Smart. Ia nampak biasa di depan: ia hampir sama lebar dengan Smart dan mempunyai hud, lampu besar dan gril. Namun ia meruncing mendadak di belakang. Terdapat palam yang tersembunyi di bawah plat lesennya. – AP

ARTIKEL YANG SAMA