Kenderaan Hamas jadi sasaran

Kenderaan Hamas jadi sasaran

BANDAR GAZA, Wilayah Palestin, 19 Julai – Letupan hari ini memusnahkan lima kenderaan di Gaza kepunyaan anggota Hamas dan Kumpulan Jihad Islamik, menurut para saksi dan sumber keselamatan, di tengah-tengah ketegangan antara pemerintah wilayah Palestin dan pelampau Islamis.

Polis bagi Hamas, yang memerintah Semenanjung Gaza, belum lagi memberi komen berhubung letupan itu di kawasan berlainan bandar Gaza.

Tidak ada pengesahan tentang sebarang korban jiwa.

Sumber keselamatan mengatakan tiga buah kenderaan itu kepunyaan anggota Hamas dan dua anggota Jihad Islamik.

Terdapatnya tanda memuncak mengenai pemberontakan dalaman di Semenanjung Gaza, dengan Hamas terlibat dalam pergelutan kuasa dengan kumpulan pelampau kecil.

Siri serangan bom itu telah menyasarkan bangunan awam dan para pegawai serta persatuan antarabangsa.

Tembakan roket dari Gaza ke arah Israel juga telah didakwa oleh pelampau Salafis yang mendakwa berkaitan dengan kumpulan Islamic State (IS). – AFP