Keningau catat bacaan suhu tertinggi di Sabah

Keningau catat bacaan suhu tertinggi di Sabah

KOTA KINABALU, 20 Mac (Bernama) – Keningau mencatat bacaan suhu tertinggi di Sabah iaitu 36.8 Celcius setakat 2 petang tadi berikutan gelombang haba yang melanda negara ketika ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, lima lagi daerah di Sabah yang mencatat suhu melebihi 30 darjah Celcius ialah Ranau (34 darjah Celcius) dan Tawau (33.7 darjah Celcius).

Kota Kinabalu mencatat bacaan suhu keempat tertinggi iaitu 32.8 darjah Celcius, diikuti Sandakan (31.7 darjah Celcius) dan Kudat (31.0 darjah Celcius).

Bahang panas yang memuncak di Keningau, yang terletak kira-kira 131 kilometer dari sini, turut menjejaskan aktiviti harian penduduknya.

Penduduk Keningau, Cappley Attap, 45, berkata cuaca panas dan kering yang melanda daerah itu hari ini dirasakan lebih teruk berbanding hari sebelumnya.

“Cuaca di Keningau sekarang panas terik. Hari ini adalah hari yang terlampau panas,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Penjawat awam, Aloysius Opong, 49, berkata walaupun berada di dalam rumah, namun bahang panas “Cuaca panas dirasai sejak 12 tengah hari tadi,” katanya sambil memberitahu bahawa tanaman sayurnya juga terjejas akibat cuaca panas.

Jovita Pamela, 43, pula memilih untuk kurang keluar rumah bagi mengelak terdedah kepada komplikasi kesihatan seperti strok haba.