Kenya dakwa lelaki sertai latihan pengganas

Kenya dakwa lelaki sertai latihan pengganas

NAIROBI, 15 Dis (AFP) – Seorang lelaki Kenya telah didakwa kerana menyertai latihan Iran di Iraq untuk melakukan serangan di timur negara Afrika.

Polis Kenya mengatakan Yassin Sambai Juma, 25, telah dilatih oleh Pasukan rlit Iran, Quds – tuduhan yang dinafikan oleh Tehran, dan didakwa di mahkamah, kelmarin.

Dia telah ditangkap bersama lelaki Kenya lain di Nairobi bulan lalu, Abubakar Sadiq Louw, 69, yang tidak didakwa.

Kertas tuduhan hanya menyebut Iraq.

Juma dituduh telah membuat perjalanan ke Karbala di Iraq tempat dia ‘menerima latihan atau arahan amalan mengenai latihan tentera….bagi persediaan untuk terlibat dalam tugas tindakan pengganas.”

Ketua polis Joseph Boinett bulan lepas mengatakan dia percaya dua lelaki telah ditangkap berkunjung ke Iran beberapa kali.

“Kami mempunyai bukti yang tidak disangkal yang mereka direkrut untuk menjadi lingkaran pengintipan Iran,” kata Boinett selepas penangkapan itu, mendakwa lelaki merancang ‘serangan pengganas’ di Nairobi.

Kedutaan Iran di Kenya telah menafikan sebarang kaitan dengan dua lelaki Kenya.