Kenya peringati ulang tahun ke-2 serangan militan ke atas Westgate

Kenya peringati ulang tahun ke-2 serangan militan ke atas Westgate

NAIROBI, 21 Sept (AFP) – Warga Kenya mengadakan sesi penghormatan dengan menyalakan lilin di Nairobi hari ini bagi menandakan ulang tahun kedua memperingati serangan militan Shebab gabungan Al-Qaeda Somalia ke atas gedung beli-belah Westgate.

Dalam kedai Nakumatt di gedung beli-belah itu, tempat ramai yang terbunuh dalam serangan, kakitangannya mengadakan upacara doa, dengan para pembeli tetap terus membeli-belah di bangunan yang dihiasi semula itu.

“Kami memperingati suatu waktu di mana ramai rakan kami yang terkorban, ramai rakan menerima nasib yang malang,” kata pemimpin upacara Dennis Pamba, ketika kakitangan itu menyalakan barisan lilin putih untuk memperingati mereka yang terbunuh.

Kakitangan kedai Nakumatt berkumpul di hadapan lilin bagi menandakan ulang tahun kedua memperingati serangan di Westgate. – AFP
Kakitangan kedai Nakumatt berkumpul di hadapan lilin bagi menandakan ulang tahun kedua memperingati serangan di Westgate. – AFP

Serangan itu bermula pada 21 September 2013, apabila empat lelaki bersenjata memasuki gedung tersebut, dengan menembak mesingan dan melontar bom tangan ke arah pembeli-belah serta kakitangan yang mengorbankan sekitar 67 orang.

“Walaupun mereka telah membunuh seramai 67 orang, mereka tidak membunuh semangat kami,” kata pengurus gedung berkenaan, David Muturi.

“Rayuan saya kepada semua warga Kenya seluruh dunia adalah untuk datang ke sini di Westgate, Westgate adalah selamat. kami masih meneruskan semangat yang sama.”

ARTIKEL YANG SAMA