Kenyang telan kambing

Kenyang telan kambing

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 15 Nov – Seekor ular sawa yang baru menyerang dua ekor kambing dan menelan seekor daripadanya, berjaya ditangkap oleh anggota Balai Bomba Kuala Belait di sini baru-baru ini.

Menurut Pasukan Bomba dan Penyelamat, ular tersebut yang panjangnya kira-kira lima meter, dalam keadaan lemah kerana kekenyangan setelah menelan seekor kambing, manakala seekor kambing lagi mati di sisinya.

Menurut bomba, mereka menerima panggilan mengenai kejadian pada kira-kira pukul 10:29 pagi di kawasan Kuala Balai dan mengerahkan tiga anggota bomba ke lokasi kejadian. Ular yang telah menyerang kambing dari dalam kandang itu berjaya ditangkap oleh tiga orang anggota bomba tersebut.

Tiga ekor ular sawa, yang masih dalam kandang kurungan di Balai Bomba Kuala Belait.
Tiga ekor ular sawa, yang masih dalam kandang kurungan di Balai Bomba Kuala Belait.

Hujung bulan lalu, dua ekor ular sawa juga ditangkap di kawasan Kampung Mumong dan Kampung Sungai Teraban. Seekor daripada ular itu telah menjadikan dua ekor ayam sebagai mangsanya, manakala yang seekor lagi telah menelan seekor kucing.

Ketiga-tiga ular sawa tersebut masih dalam kandang kurungan di Balai Bomba Kuala Belait. Pihak bomba memberitahu, ular sawa lazimnya akan keluar mencari mangsa semasa musim hujan dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati.

ARTIKEL YANG SAMA