Kepentingan kesihatan pekerjaan perlu dititikberatkan

Kepentingan kesihatan pekerjaan perlu dititikberatkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Sept – Syarikat Methanol Brunei Sdn. Bhd dengan kerjasama Jerudong Park Medical Centre (JPMC), hari ini, telah mengadakan Kempen Kesihatan mengenai kepentingan kesihatan pekerjaan dan risiko keselamatan bagi kakitangan dan para kontraktornya.

Kempen yang diadakan di Ibu Pejabat BMC itu dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif BMC, Takayuki Miyamoto, Pengurus Am Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE), Mohd Yasser dan ahli-ahli pengurusan eksekutif, ketua-ketua jabatan, kakitangan serta kontraktor BMC.

Menurut kenyataan JPMC di sini, hari ini, JPMC sangat aktif dalam mempromosikan kesihatan pekerjaan kepada pertubuhan-pertubuhan lain dan BMC menghargai kerjasama berkenaan, manakala bagi BMC, kempen berkenaan merupakan sebahagian daripada aktivitinya bagi tahun ini.

Ketua Pemasaran JPMC, Awangku Danny bin Pengiran Tajuddin, ketika menyampaikan ucapan alu-aluan berkata dengan sifat pekerjaan di BMC, yang melibatkan mesin-mesin berat, bunyi bising, kerja-kerja teknikal serta pejabat, penting bagi para pekerja dan kontraktor menyedari kepentingan kesihatan pekerjaan dan kemungkinan bahaya tempat kerja.

Semasa kempen berkenaan, taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Perubatan Kanan dalam Kesihatan Pekerjaan, Dr Nayake Balalla, yang menekankan mengenai kesihatan pekerjaan dan bahaya keselamatan serta isu-isu kesihatan am, keselamatan dan alam sekitar, di samping menjelaskan serba sedikit mengenai perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan pekerjaan yang terdapat di JPMC.

Antara yang menyertai kempen kesihatan mengenai kepentingan kesihatan pekerjaan dan risiko keselamatan.
Antara yang menyertai kempen kesihatan mengenai kepentingan kesihatan pekerjaan dan risiko keselamatan.

ARTIKEL YANG SAMA