Kepentingan kewangan masa depan

Kepentingan kewangan masa depan

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Okt – Takaful Brunei Am (TBA) dan Takaful Brunei Keluarga (TBK) tidak ketinggalan menyertai Jerayawara Rumah Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), yang bermula hari ini hingga 11 Oktober, sebagai usahanya untuk mendidik rakyat Brunei mengenai kepentingan membuat persiapan dari segi kewangan bagi masa depan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, sepanjang jerayawara 10 hari di The Mall, Gadong itu, TBA dan TBK akan menyediakan konsultasi mengenai pelbagai produk mereka dan untuk mencari produk terbaik bergantung pada setiap individu.

Sebagai penyedia perlindungan di bawah bukan insurans hayat, TBA aktif mempromosikan Pakej Rumah Komprehensif (CHP), yang mana di bawah perlindungan ini, rumah, perabot dan barangan berharga lain peserta akan dilindungi dari segi kewangan daripada sebarang kejadian yang tidak dapat dielakkan bagi tempoh 12 bulan.

Sementara itu, Takaful Personal Accident (PA) akan menawarkan perlindungan bagi sebarang kecederaan atau kematian secara tidak sengaja yang boleh berlaku kepada peserta dalam masa 24 jam di seluruh dunia dan Takaful Musafir yang meliputi orang yang kerap belayar.

Warga TBA dan TBK yang menyertai jerayawara tersebut.
Warga TBA dan TBK yang menyertai jerayawara tersebut.

Dalam pada itu, TBK pula memberikan khidmat nasihat mengenai kepentingan pembiayaan dan sekuriti dengan menggalakkan orang ramai mendaftar bagi Takaful Keluarga.

TBK mempunyai tiga produk popular di bawah pelan perlindungan dan simpanan iaitu Takaful NurSaving, Takaful Persaraan dan Takaful Pendidikan.

Bagi maklumat lanjut mengenai produk-produk Takaful Brunei, orang ramai boleh berkunjung ke Ibu Pejabat TBA di Kampung Beribi atau Ibu Pejabat TBK di Kompleks Setia Kenangan, Kampung Kiulap atau mana-mana cawangan TBA dan TBK.

Orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Panggilan TBK di talian 2231100 atau Pusat Panggilan TBA di talian 2244000 atau melayari laman sesawang www.takafulbrunei.com.bn atau Facebook dan Instagram TakafulBrunei.

ARTIKEL YANG SAMA