Kepentingan mengajar anak mengenai ilmu kewangan

Kepentingan mengajar anak mengenai ilmu kewangan

MEMANG diakui dan tidak dapat disangkal bahawa wang memainkan peranan besar dalam kehidupan orang dewasa, oleh itu sebagai ibu bapa, kita perlu memahami mengenai kepentingannya untuk mengajar anak-anak kita mengenai konsep wang itu dan nilainya dalam kehidupan.

Di dalam sebuah jurnal, Children and Money: Teaching Children Money Habits for Life, yang diterbitkan oleh Universiti Minnesota, Sharon M.Danes, PhD., jabatan sosial sains keluarga, dan pemilik Tammy Dunrud LLC, Tammy Dunrud, berkata bahawa dengan mengajar anak-anak anda mengenai wang bukan seperti mempersiapkan mereka untuk mendapatkan pekerjaan atau mengajar mereka untuk menyimpan wang yang mereka perolehi.

Di sini adalah empat panduan untuk mengajar anak-anak anda mengenai wang:

Ajar ketika mereka masih muda

Bagi memahami wang mungkin akan mengambil masa sepanjang hidup, tetapi ia adalah sesuatu yang bagi kanak-kanak untuk memperkembangkan atau meluaskan pengetahuan mereka sejak dari kecil lagi. Menurut sebuah majalah, anak-anak seawal usia dua dan tiga tahun tidak akan dapat memahami dengan sepenuhnya nilai wang, tetapi mereka boleh mengenal pasti bentuk dan warnanya.

5_15112016

Biarkan anak anda membuat kesalahan pembelian yang kecil agar dapat dijadikan pengajaran.
Biarkan anak anda membuat kesalahan pembelian yang kecil agar dapat dijadikan pengajaran.

“Dengan bermain tukar-tukar wang untuk barangan, anak-anak anda akan mula memahami asas-asas perdagangan,” kata Dr. Dorothy Singer, saintis penyelidik kanan di Universiti Yale di New Haven, Connecticut.

Membezakan pembelajaran

Dalam jurnal Children and Money: Teaching Children Money Habits for Life itu lagi menyatakan mengenai kepentingan ibu bapa untuk mempraktikkan cara pembelajaran dengan menggunakan contoh atau aktiviti yang sesuai dengan peringkat perkembangan anak tersebut.

Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang berusia lapan tahun mungkin tidak faham bagaimana untuk membuat bajet untuk wang saku mereka, tetapi seorang kanak-kanak yang berusia 13 tahun mungkin sudah mula mampu berfikir mengenai pelaburan dengan membelanjakan wang itu dengan tujuan untuk menyimpannya bagi membeli barangan yang lebih mahal di masa akan datang.

Lakukannya setiap hari

Anak-anak belajar melalui pemerhatian, meniru tingkah laku dan mengikut contoh-contoh berdasarkan apa yang mereka lihat dan dengar setiap hari, jadi ia adalah sesuatu yang penting untuk mengajar ilmu kewangan ini kepada mereka setiap hari. Ibu bapa juga boleh melibatkan diri mereka dalam perbincangan dan membuat keputusan, atau melibatkan mereka dalam perancangan.

Dalam jurnal itu juga menyatakan bahawa apabila ibu bapa mengajar anak-anak mereka mengenai wang, mereka juga boleh mengajar mengenai tanggungjawab, nilai keluarga dan tingkah laku, bijak dalam membuat keputusan, perbandingan dalam membeli-belah, menetapkan matlamat dan keutamaan, serta menguruskan wang di luar rumah.

Libatkan diri dalam pengurusan dan perancangan perbelanjaan anak anda.
Libatkan diri dalam pengurusan dan perancangan perbelanjaan anak anda.
Ibu bapa juga boleh mengajar mengenai tanggungjawab, bijak dalam membuat keputusan, perbandingan dalam membeli-belah, menetapkan matlamat dan keutamaan, serta menguruskan kewangan.
Ibu bapa juga boleh mengajar mengenai tanggungjawab, bijak dalam membuat keputusan, perbandingan dalam membeli-belah, menetapkan matlamat dan keutamaan, serta menguruskan kewangan.

Sokong anak-anak ke arah bebas kewangan

Ketika anak-anak memperoleh lebih banyak pengetahuan mengenai kewangan, adalah lebih penting bagi mempersiapkan anak-anak anda untuk bebas kewangan, bermaksud bijak dalam menguruskan pendapatan melebihi daripada perbelanjaan.

Gunakan sistem ganjaran, agar mereka biasa melakukan sesuatu perkara itu sebelum mendapat apa yang dimahukan. Biarkan mereka melakukan pembelian kecil yang salah seperti membeli mainan murah yang mudah rosak, agar mereka boleh belajar bagaimana untuk membuat keputusan yang betul dalam membelanjakan wang bagi sesuatu yang betul.

Ajar mengenai nilai wang

Jurnal itu menyatakan bahawa ibu bapa perlu memberikan kefahaman kepada anak-anak mereka mengenai unsur positif dan negatif yang ada pada wang, dan juga konflik yang boleh dicetuskan oleh wang, jadi mereka boleh membelanjakan wang dengan sebijaknya.

Setelah anak-anak mencapai satu usia dimana mereka boleh memahami mengenai tanggungjawab, adalah bijak untuk mula memberikan mereka wang saku dan membantu mereka menguruskannya.

Apa yang penting juga adalah dengan mengajar anak-anak bagaimana untuk mengawal nafsu membeli, keutamaan dalam perbelanjaan mereka, atau menyimpan wang untuk mendapat ganjaran kemudiannya. Satu faktor yang penting lagi adalah mempekenalkan kesan dan norma-norma dalam meminjam wang.

ARTIKEL YANG SAMA