‘Kepercayaan buta’ sekatan Korea U

‘Kepercayaan buta’ sekatan Korea U

BEIJING, 8 Mac (Reuters) – ‘Kepercayaan buta’ dalam sekatan dan tekanan antarabangsa ke atas Korea Utara adalah tidak bertanggungjawab, kata Menteri Luar China hari ini, selepas majlis keselamatan PBB melaksanakan satu lagi kawalan ekonomi baru yang mensasarkan program nuklear Utara.

Korea Utara menjalankan ujian nuklear keempatnya pada Januari dan pelancaran roket jarak jauh pada bulan lalu yang mencetuskan resolusi Majlis Keselamatan PBB dan sekatan baru.

“Penyelesaian muktamad isu semenanjung Korea memerlukan tindakan menyeluruh dan penawar yang betul untuk penyakit,” beritahu Menteri Luar, Wang Yi, kepada wartawan. “Kepercayaan buta dalam sekatan dan tekanan, sebenarnya bukan pendekatan bertanggungjawab untuk masa depan semenanjung Korea.”

Wang mengeluarkan kata-kata sedemikian pada satu taklimat tatkala China mengadakan sesi parlimen tahunannya. Korea Utara telah menolak kritikan mengenai program nuklear dan roketnya, walaupun daripada sekutu lama China, dan pada minggu lalu pemimpin Kim Jong Un mengarahkan negaranya supaya bersedia menggunakan senjata nuklear ketika menghadapi apa yang dilihatnya sebagai ancaman yang meningkat daripada musuh.

Wang Yi bercakap pada sidang media di Kongres Rakyat Kebangsaan di Beijing. – AFP
Wang Yi bercakap pada sidang media di Kongres Rakyat Kebangsaan di Beijing. – AFP

Majlis Keselamatan PBB melaksanakan sekatan terbarunya, yang digubal oleh China dan Amerika Syarikat pada minggu lalu. Pakar bebas sering menyoal keazaman China untuk menguatkuasa sekatan ke atas Korea Utara, di mana ekonominya banyak bergantung pada China. China berkata ia akan menguatkuasa langkah secara ‘hemat.’

“Pada masa ini dengan keadaan di semenanjung Korea, timbulnya permusuhan dan suasana dibelenggu dengan aroma serbuk letupan,” kata Wang. “Sebagai negara jiran terbesar semenanjung, China tidak akan duduk sahaja dan memerhati kestabilan di semenanjung dimusnahkan pada tahap asas.”

Tentera Korea Selatan dan AS memulakan latihan tentera besar-besaran semalam dalam satu ujian pertahanan mereka ke atas Korea Utara, yang menggelar latihan ‘tindakan perang nuklear’ dan mengugut akan bertindak balas dengan serangan habis-habisan. China telah menyuarakan tentangan kepada perbincangan di antara Korea Selatan dan Amerika Syarikat mengenai penghantaran sistem anti-peluru berpandu AS baru ke Korea Selatan.

ARTIKEL YANG SAMA