Kepimpinan Baginda Sultan dikagumi

Kepimpinan Baginda Sultan dikagumi

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Ogos – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha kelmarin berkenan berangkat ke Majlis Resepsi sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan yang ke-70 Tahun.

Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.

Juga berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.

Keberangkatan tiba Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri di Royal Berkshire Hall, Royal Brunei Polo and Riding Club Jerudong, dijunjung oleh pesuruhjaya-pesuruhjaya tinggi dan duta-duta besar negara-negara sahabat bersama isteri masing-masing yang diketuai oleh Duta Besar Kemboja, Chhay Sokhan selaku Dean of the Diplomatic Corps.

Baginda Sultan berkenan menerima pesambah berupa piring perak yang mengandungi nama 29 misi diplomatik di negara ini.
Baginda Sultan berkenan menerima pesambah berupa piring perak yang mengandungi nama 29 misi diplomatik di negara ini. – Gambar oleh Infofoto
Keberangkatan tiba Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri di Royal Berkshire Hall, Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong.
Keberangkatan tiba Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri di Royal Berkshire Hall, Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong.
Keberangkatan tiba Baginda Raja Isteri dan ahli kerabat diraja yang lain di Royal Berkshire Hall, Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong.
Keberangkatan tiba Baginda Raja Isteri dan ahli kerabat diraja yang lain di Royal Berkshire Hall, Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong.

Sejurus keberangkatan, Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan bergambar ramai bersama ketua-ketua perwakilan negara-negara sahabat bersama isteri masing-masing.

Bagi mewakili semua ketua perwakilan negara-negara sahabat, Chhay Sokhan melahirkan penghargaan dan mendoakan Baginda beserta ahli kerabat diraja yang lain dilanjutkan usia, dikurniakan kebahagiaan dan kesihatan yang berpanja-ngan.

Di kesempatan itu, beliau juga melahirkan rasa kagum di atas kepimpinan Baginda dan hubungan harmoni yang terus dinikmati oleh ketua-ketua perwakilan negara-negara sahabat.

Pada majlis itu, Baginda Sultan berkenan menerima pesambah daripada ketua perwakilan negara sahabat-sahabat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-70 Tahun.

Pesambah berupa piring perak yang mengandungi nama 29 misi diplomatik di negara ini dengan tertera mesej ‘Selamat Hari Keputeraan Ke-70 kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam daripada semua Misi Diplomatik di Negara Brunei Darussalam’.

Pada majlis itu, Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan beramah mesra bersama ketua-ketua perwakilan negara-negara sahabat yang hadir bersama isteri masing-masing.

ARTIKEL YANG SAMA