Kepimpinan dikagumi

Kepimpinan dikagumi

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Ogos – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, hari ini, berkenan berangkat menghadiri Majlis Resepsi yang disembahkan oleh ketua-ketua perwakilan negara sahabat di negara ini bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-69 tahun yang berlangsung di Dewan The Royal Berkshire, Jerudong Polo and Country Club, di sini.

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah.

Turut berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan serta Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.

Keberangkatan Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain dijunjung oleh para pesuruhjaya tinggi dan duta besar negara-negara sahabat ke negara ini dan pasangan masing-masing, yang diketuai oleh Duta Besar Kemboja, Tuan Yang Terutama Chhay Sokhan selaku Doyen Kor Diplomatik.

Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan beramah mesra bersama Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Brunei, Tuan Yang Terutama Jaya Ratnam semasa Majlis Resepsi yang disembahkan oleh Kor Diplomatik sempena Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-69 di Dewan The Royal Berkshire, Jerudong Polo and Country Club, kelmarin.

Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan berangkat beramah mesra dengan salah seorang dari perwakilan negara sahabat.
Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan berangkat beramah mesra dengan salah seorang dari perwakilan negara sahabat.
DYTM Pengiran Muda Mahkota dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah di Majlis Resepsi berkenaan.
DYTM Pengiran Muda Mahkota dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah di Majlis Resepsi berkenaan.
DYTM Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah semasa berangkat beramah mesra di majlis tersebut.
DYTM Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah semasa berangkat beramah mesra di majlis tersebut.
YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna berkenan beramah mesra dengan salah seorang duta di Majlis Resepsi kelmarin.
YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna berkenan beramah mesra dengan salah seorang duta di Majlis Resepsi kelmarin.
Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berserta ahli kerabat diraja yang lain berkenan bergambar ramai bersama ketua-ketua perwakilan negara sahabat di negara ini semasa Majlis Resepsi bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-69 tahun di Dewan The Royal Berkshire, Jerudong Polo and Country Club.

Acara dimulakan dengan sembah alu-aluan Tuan Yang Terutama Chhay Sokhan yang antara lain menyembahkan ucapan menjunjung kasih dan Selamat Hari Keputeraan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

Tuan Yang Terutama turut menyembahkan rasa kekaguman atas kepimpinan Baginda Sultan dan hubungan harmoni yang terus dinikmati oleh ketua-ketua perwakilan negara-negara sahabat di negara ini.

Semasa majlis itu, Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri turut berkenan menerima pesambah yang memaparkan potret Baginda bersama 29 bendera negara perwakilan asing di negara ini.

Majlis tersebut mencerminkan rasa hormat dan penghargaan yang mendalam kehadapan majlis Baginda berdua dan juga kepada kerabat diraja yang lain, kerajaan dan rakyat serta penduduk Negara Brunei Darussalam atas layanan baik, penghormatan dan persahabatan yang diterima oleh para perwakilan.

Pengisytiharan kemerdekaan penuh Negara Brunei Darussalam pada 1 Januari 1984 dan penerimaan Brunei sebagai ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah meletakkannya sebagai sebuah negara merdeka lagi berdaulat dan tampil di hadapan masyarakat dunia setaraf dengan negara-negara dunia yang lain.

Sehingga kini, Negara Brunei Darussalam telah menjalinkan hubungan diplomatik bersama 165 buah negara di seluruh dunia.