Kepingan ditemui tidak mungkin MH370

Kepingan ditemui tidak mungkin MH370

BANGKOK, 24 Jan – Kepingan yang dikatakan dari bangkai pesawat udara yang ditemui di perairan pantai timur selatan Thailand pada Sabtu lalu tidak mungkin milik Penerbangan MH370 Sistem Penerbangan Malaysia yang hilang hampir dua tahun lalu, menurut pakar-pakar penerbangan dan para pegawai Thailand.

Kepingan logam melengkung hanyut di wilayah Nakhon Si Thammart, Tanyapat Patthikongpan, kata ketua daerah Pak Phanang memberitahu Reuters.

Para penduduk kampung melaporkannya kepada pihak berkuasa bagi pengenalpastian, menurutnya.

“Para penduduk kampung telah menemui bangkai pesawat yang berukuran kira-kira dua meter lebar dan tiga meter panjang,” menurutnya.

Penemuan itu mencetuskan spekulasi di media Thailand bahawa serpihan itu mungkin milik MH370, yang hilang bersama 239 orang di dalamnya ketika penerbangan dari Kuala Lumpur menuju Beijing pada Mac 2014.

Orang ramai berdiri berhampiran kepingan yang dikatakan dari bangkai pesawat yang disyaki, ditemui di luar pantai selatan Thailand, di wilayah Nakhon Si Thammarat, pada 24 Januari. – Reuters
Orang ramai berdiri berhampiran kepingan yang dikatakan dari bangkai pesawat yang disyaki, ditemui di luar pantai selatan Thailand, di wilayah Nakhon Si Thammarat, pada 24 Januari. – Reuters

Kepingan dari pesawat itu hanyut di pulau Reunion Perancis pada Julai 2015, tetapi tidak ada kesan seterusnya ditemui.

Pakar-pakar berkata sementara arus kuat di Laut Hindi boleh melonggokkan serpihan beribu-ribu kilometer jauhnya, bangkai pesawat itu tidak mungkin hanyut ke seberang khatulistiwa memasuki hemisfera utara.

Lokasi serpihan di Thailand itu ‘nampaknya tidak konsisten dengan model-model yang hanyut, yang muncul flaperon MH370 ditemui di Reunion Julai lalu,” kata Greg Waldron, Editor Pengurusan Asia di Flightglobal, sebuah penerbangan industri itu.

“Penandaan, kejuruteraan dan tekan timbul yang ketara pada serpihan itu menunjukkan bahawa ia berkaitan aeroangkasa,” kata Waldron.

“Bagaimanapun ia perlu diteliti, untuk memastikan asal sebenarnya.”

Sumber kemungkinan lain serpihan aeroangkasa termasuklah pelancaran roket angkasa lepas oleh India ke timur di Teluk Bengal, menurutnya lagi.

Tidak ada pengesahan rasmi dari Thailand bahawa kepingan ini malah milik kepada kapal terbang, apa tah lagi jet Malaysia yang hilang.

“Secara peribadi, saya tidak fikir itu adalah MH370,” jurucakap kerajaan Thailand Sansern Kaewkamnerd memberitahu Reuters.

Ketua daerah Patthikongpan mengatakan kepingan itu ‘mungkin berada di bawah laut kurang daripada setahun, berdasarkan teritip pada serpihan itu.”

Seorang jurucakap bagi Pusat Koordinasi Agensi Bersama, pihak berkuasa berpangkalan di Canberra yang menyelia pencarian antarabangsa bagi MH370 itu, memberitahu Reuters ia ‘sedang menunggu keputusan bagi pemeriksaan rasmi material berkenaan’.

Pakar penerbangan Geoffrey Thomas memberitahu Reuters dari berhampiran Perth mengenai kepingan yang ditemui di Thailand itu ‘tidak kelihatannya seperti fiuslaj pesawat penerbangan’. “Ia seperti tidak masuk akal. Saya rasa ia tidak ada kaitannya dengan MH370 atau seumpamanya,” ujarnya. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA