Keprihatinan Pengakap terhadap alam sekitar

Keprihatinan Pengakap terhadap alam sekitar

Oleh Sim Y.H

PERSEKTUAN Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) buat kali ke-6 mengadakan Program Perkhemahan Alam Sekitar sempena sambutan ulang tahun Hari Menanam Pokok Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam ke-2 yang berlangsung di Kawasan Projek Penanaman Pokok Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam, Daerah Belait pada 31 Mei yang lalu.

Seramai lebih 70 orang ahli Pengakap yang terdiri dari Bahagian Pengakap Tunas, Bahagian Pengakap Muda, Bahagian Pengakap Remaja dan Bahagian Pengakap Kelana dari seluruh negara menyertai program berkenaan.

Haji Badar bergambar ramai bersama peserta program berkenaan.
Haji Badar bergambar ramai bersama peserta program berkenaan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat dan menyempurna-kan pelancaran perkhemahan itu ialah Ketua Pesuruhjaya Pengakap, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali.

Pemuliharaan berterusan

Haji Badar dalam ucapan perasmiannya memuji dan menghargai inisiatif yang telah dijalankan oleh ahli-ahli Pengakap Negara Brunei Darussalam dalam mendukung perlaksanaan program mengenai pemeliharaan secara berterusan ekosistem sumber hutan serta menghijaukan alam sekitar yang sedang dilaksanakan melalui penjagaan tumbuh-tumbuhan atau pokok-pokok tertentu yang masih dipenuhi dengan hutan hijau diliputi dengan flora dan fauna yang berfungsi menjadikan satu ekosistem yang sempurna membekalkan udara segar dan air yang bersih.

Ia dapat menjadi nilai tambah yang sangat berguna dalam pembelajaran di luar bilik darjah kepada peserta program.

Beliau juga berkata usaha itu setentunya dapat meningkatkan imej PPNBD yang sentiasa prihatin dalam mengekalkan usaha penanaman dan penjagaan yang berterusan dan bersistem melalui kaedah ‘Tanam – Pelihara – Pantau – Tanam’ dalam sama-sama mendukung dan memberigakan perlaksanaan aktiviti-aktiviti pemeliharaan kehijauan di negara ini.

Program ini diperkenalkan sebagai menyuntik sikap dan semangat kesedaran mengenai dengan penjagaan dan pemuliharaan Alam Sekitar di kalangan ahli-ahli Pengakap.

Perkhemahan pada kali ini adalah kesinambungan perkhemahan yang lalu iaitu bagi meningkatkan kesedaran kepada ahli Pengakap mengenai kepentingan Alam Sekitar.

ARTIKEL YANG SAMA