Kepuasan haru...

Kepuasan harungi cabaran permainan ski ekstrem

PARK CITY – Bagi pemain ski yang pernah melakukan aktiviti sukan ekstrem itu di Deer Valley setentunya mengetahui bahawa tempat penginapan yang terletak di atas kawasan peranginan itu cukup terkenal kerana memiliki tempat penginapan yang mewah serta sering menjadi pilihan utama kepada para pengunjung yang terdiri daripada bintang filem yang terkenal.

Sempena kehadiran musim sejuk ini, setentunya kebanyakan pokok di kawasan tersebut akan diliputi dengan salji sehingga menjadikan 65 peratus daripada kawasan Deer Valley itu sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi untuk bermain ski tidak kira sama ada dari peringkat mudah sehingga ke pertengahan.

Ternyata lokasi utama permainan ski ini kelihatan kurang sesak semasa Festival Filem Sundance yang merupakan acara tahunan dianjurkan di mana pada tahun ini ia bakal dimulakan pada 19 Januari berdekatan dengan Park City, Utah memandangkan kebanyakan individu lebih memilih untuk menghadiri acara tersebut berbanding aktif bermain ski.

“Pemain ski setentunya berpeluang untuk bermain ski pada keadaan salji yang tebal tiga hari selepas terjadinya cuaca ribut besar dan ia adalah satu kepuasan bagi individu yang berhasrat untuk mengharungi cabaran ekstrem,” jelas peserta sukan ski Olimpik yang juga merupakan Duta Ski di Deer Valley, Heidi Voelker.

Keadaan pergunungan salji di Deer Valley kelihatan tetap terus terpelihara memandangkan ia telah mengenakan beberapa undang-undang termasuk larangan bermain luncur salji dan turut mengehadkan jumlah pemain ski pada setiap hari.

Salji berada dalam keadaan lebih tebal yang memberikan kepuasan bagi aktiviti permainan ski – AP
Salji berada dalam keadaan lebih tebal yang memberikan kepuasan bagi aktiviti permainan ski – AP
Deer Valley bukan sahaja menjanjikan pengalaman kepuasan bermain ski malah juga turut menawarkan panorama yang sangat indah. – AP
Deer Valley bukan sahaja menjanjikan pengalaman kepuasan bermain ski malah juga turut menawarkan panorama yang sangat indah. – AP

Di samping itu, Deer Valley turut melaburkan sejumlah kewangan khas untuk menggaji kru yang meluangkan waktu bagi kerja-kerja pembersihan pokok-pokok yang telah mati atau berpenyakit.

Dari situ, ia jelas menjadikan keadaan pokok dan tumbuh-tumbuhan lain di kawasan tersebut sentiasa kekal berada dalam keadaan sihat sekali gus menjamin keselamatan untuk para pemain ski.

Selain itu, antara faktor yang turut menyebabkan Down Valley kurang menerima kunjungan yang ramai daripada pemain ski adalah berikutan daripada kadar harga sewa tempat penginapan yang tinggi sehingga ada yang mencecah AS$1,000 semalam pada minggu Sundance yang bakal berlangsung ini.

Greg Bensel, seorang eksekutif untuk NFL New Orleans Saints dan New Orleans Pelicana NBA telah menjadikan Deer Valley sebagai destinasi pilihan untuk melakukan aktiviti permainan ski bersama keluarga sejak sedekad yang lalu.

“Kemudahan seperti Stein Erickson Lodge, spa dan restoran yang ditawarkan di Deer Valley secara keseluruhan adalah sangat baik malah keseronokan bermain ski di kawasan tersebut juga jelas terasa memandangkan kawasan itu tidak dipenuhi dengan jumlah pengunjung yang ramai,” jelas Bensel.

Voelker, peserta Olimpik pada tahun 1988, 92 dan 94 turut memberikan rekomendasi terhadap beberapa buah tempat gelongsor yang menarik untuk melakukan aktiviti ski itu di Deer Valley.

Deretan pokok yang tumbuh di kawasan pergunungan adalah antara halangan yang harus dihadapi oleh pemain ski. – AP
Deretan pokok yang tumbuh di kawasan pergunungan adalah antara halangan yang harus dihadapi oleh pemain ski. – AP

Antaranya adalah Gelongsor Daly, X-Files di bahagian timur, Sunset Glade di bahagian tengah, Lady Morgan Bowl di bahagian barat dan gelongsor yang menjanjikan cabaran paling ekstrem adalah Centennial memandangkan kawasan tersebut turut ditumbuhi dengan banyak pokok-pokok bersaiz besar di mana ia menjadi salah satu cabaran halangan yang harus dihadapi oleh pemain ski.

“X Files jelas kurang menjadi pilihan kepada para pemain ski memandangkan untuk bermain ski di tempat tersebut para pemain harus mendaki kawasan pergunungan itu terlebih dahulu dan setentunya ia memerlukan usaha yang lebih namun kelebihan yang dapat dinikmati di sebalik rasa letih selepas mendaki kawasan pergunungan itu adalah panorama indah yang setentunya dapat memberikan rasa ketenangan,” jelas Voelker.

Sementara, perjalanan dari Lapangan Terbang Salt Lake City menuju ke tempat penginapan di Deer Valley itu memakan masa kurang daripada satu jam.

Manakala penduduk di kawasan setempat pula seringkali memilih perkhidmatan bas ulang-alik secara percuma yang turut melakukan perhentian di beberapa stesen dan ia adalah salah satu alternatif terbaik bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama menjelang perayaan Festival Sundance.

Setelah letih bermain ski para pengunjung juga berpeluang untuk menikmati pelbagai hidangan menarik yang terdiri daripada piza, sushi dan beberapa jenis makanan tradisi Eropah. – AP