Kepulangan 39 anggota ABDB dirai

Kepulangan 39 anggota ABDB dirai

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Okt – Kementerian Pertahanan, hari ini, meraikan kepulangan 39 orang anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) daripada Kumpulan ke-11 Pasukan Pemantauan Antarabangsa (IMT) dan anggota ABDB yang mengikuti misi pengaman bagi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di bawah Batalion Malaysia (MALBATT 850-2), pada Majlis Doa Kesyukuran yang berlangsung di Surau Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.

Mereka yang diraikan terdiri daripada sembilan orang yang menyertai Kumpulan IMT ke-11 di bawah pimpinan Leftenan Kolonel Haji Huzaimi bin Pehin Datu Harimau Padang Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Husin yang kembali ke tanah air pada 4 September 2015, serta 30 orang anggota ABDB yang mengikuti misi pengaman bagi Pasukan UNIFIL di bawah MALBATT 850-2 yang diketuai oleh Mejar Pengiran Malik Yusri bin Pengiran Haji Zaidi dan pulang ke tanah air pada 23 September 2015.

Hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat dan Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jammy bin Haji Mohd Shah Al-Islam, ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, pengarah-pengarah, para pegawai kanan dan anggota dari Kementerian Pertahanan dan ABDB. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran diikuti dengan sembahyang fardu Asar, Doa Kesyukuran dan Dikir Marhaban.

Sebahagian anggota ABDB yang diraikan pada majlis tersebut.
Sebahagian anggota ABDB yang diraikan pada majlis tersebut.
Dato Paduka Haji Mustappa menabur bunga rampai kepada anggota ABDB yang diraikan.
Dato Paduka Haji Mustappa menabur bunga rampai kepada anggota ABDB yang diraikan.
Yang Dimuliakan Pehin Mohd Tawih menabur bunga rampai kepada anggota ABDB yang diraikan.
Yang Dimuliakan Pehin Mohd Tawih menabur bunga rampai kepada anggota ABDB yang diraikan.

ARTIKEL YANG SAMA