Keputusan empat serpihan pesawat diketahui kurang tiga bulan

Keputusan empat serpihan pesawat diketahui kurang tiga bulan

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Keputusan ujian empat serpihan yang berkemungkinan daripada pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang, dijangka diketahui dalam tempoh kurang tiga bulan.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata serpihan berkenaan ditemui masing-masing di Afrika Selatan, Mozambique, Mauritius dan Tanzania.

“Kita yakin sedikit masa lagi akan dapat jumpa.. contohnya satu lagi serpihan yang turut ditemui di Tanzania mengambil masa dua bulan setengah untukmemastikan ia daripada pesawat berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pertandingan bola keranjang ‘3 on 3’ di Wisma MCA di sini hari ini.

Jumaat lalu, Liow berkata sejumlah 22 serpihan ditemukan setakat ini di Afrika Selatan, Mozambique, Mauritius dan Tanzania, yang mana dua serpihan disahkan manakala empat lagi hampir pasti daripada pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang manakala selebihnya sukar dikenal pasti keranatiada nombor siri atau butiran lain di atasnya.

Beliau berkata serpihan yang disahkan adalah sebuah flaperon yang ditemukan di Pulau Reunion Julai tahun lepas dan kepingan sayap di Pulau Pemba, diperairan Tanzania pada Jun tahun ini.

Menteri Pengangkutan merangkap Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai (dua, kanan) beramah mesra dengan pemain bola keranjang kebangsaan pada kejohanan MCA 3on3 Basketball Challenge di Wisma MCA hari ini. – Bernama
Menteri Pengangkutan merangkap Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai (dua, kanan) beramah mesra dengan pemain bola keranjang kebangsaan pada kejohanan MCA 3on3 Basketball Challenge di Wisma MCA hari ini. – Bernama

Liow berkata pencarian MH370 dalam baki kawasan pencarian seluas 10,000 km persegi dijangka selesai pada penghujung tahun ini.

Setakat ini, pencarian pesawat itu telah meliputi kawasan seluas 110,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi, di luar pantai barat Australia.

Penerbangan MH370 hilang pada 8 Mac 2014, semasa dalam penerbangan dariKuala Lumpur ke Beijing membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Liow yang juga Presiden MCA menyelar kenyataan Anggota Parlimen DAP Jelutong Jeff Ooi dalam Twitternya mengenai kematian Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Dr Haron Din.

Liow berkata Ooi seharusnya memohon maaf kepada keluarga Allahyarham keranaia tidak sepatutnya dijadikan sebagai bahan politik.

“Walaupun berbeza fahaman politik, Allahyarham turut memberi sumbangan kepada pembangunan negara,” katanya.

Menerusi akaun twitternya Jeff menulis: “Adios Harun Din, let there be peace” (Selamat jalan Harun Din, semoga wujud perdamaian). – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA