Keputusan HECAS diumum hari ini

Keputusan HECAS diumum hari ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jun – Bahagian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa keputusan permohonan HECAS 2016 (Pusingan Pertama) iaitu secara dalam talian (online) akan diumumkan esok, Khamis, 2 Jun selepas jam 8:30 pagi di portal HECAS di http://www.hecas.edu.bn.

Keputusan tersebut adalah bagi pemohon-pemohon yang berjaya untuk mengikuti program-program yang ditawarkan di institusi-institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan, seperti Universiti Brunei Darussalam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Universiti Teknologi Brunei dan Politeknik Brunei.