Keputusan jurulatih Australia Februari 2018

SYDNEY, 6 Dis – Australia dijangka akan tidak melantik jurulatih baru untuk Piala Dunia tahun depan sehingga Februari, di mana bekas pemain Australia Mark Schwarzer dan Stan Lazaridis termasuk dalam ahli jawatankuasa pemilihan hari ini.

Ketua Persatuan Bola Sepak Australia, David Gallop berkata terdapat beberapa desas-desus berkaitan dengan jurulatih sejak Ange Postecoglou berhenti pada bulan lalu selepas membawa pasukan Australia layak ke Piala Dunia Russia.

Sepanjang hujung minggu, terdapat laporan mengatakan bekas jurulatih Amerika Syarikat Jurgen Klinsmann berminat untuk melatih Australia dan melantik kawan terdekatnya untuk memata-matai tentang kemungkinan itu.

Gallop berkata keputusan tidak akan diambil secara terburu-buru mengenai siapa yang akan mengendalikan Australia di Russia.

“Seperti yang dikatakan, tiada siapa yang keluar dan masuk. Kami berfikiran terbuka, adakah jurulatih tersebut jurulatih tempatan ataupun dari luar,” beritahu Gallop.

Tegasnya, jurulatih baru perlu bersedia untuk tinggal di Australia dan mengamati pembangunan luar dan dalam padang yang sudah dicapai pasukan kebangsaan sejak empat tahun yang lalu, terutama pembangunan teknikal dan sains sukan.”

“Kami yakin akan mendapatkan jurulatih yang terbaik untuk membawa the Socceroos dalam persaingan Piala Dunia tahun depan dan seterusnya.”

Klinsmann merupakan pemain lagenda Jerman telah dipecat pada tahun lepas selepas beraksi dengan hambar untuk pasukan AS dalam kempen kelayakan, dilaporkan telah berminat mengambil alih tugas selepas Postecoglou membuat keputusan untuk pergi.

Gallop berkata Schwarzer, Lazaridis dan Mark Bresciano, yang membuat 253 penampilan antarabangsa dan semua pernah beraksi dalam Piala Dunia, merupakan ahli panel yang menjadi penasihat FFA dalam pelantikan nanti. – AFP