Keputusan Mahkamah Tinggi tambah lagi kekusutan di Venezuela

Keputusan Mahkamah Tinggi tambah lagi kekusutan di Venezuela

CARACAS, 12 Jan (Reuters) – Mahkamah Tinggi Venezuela semalam memerintahkan bahawa keputusan Perhimpunan Kebangsaan baru adalah tidak sah melainkan tiga ahli perundangan pembangkang yang ditegah disingkirkan dari jawatan mereka, yang menambah lagi pergelutan kuasa berhubung majoriti perundangan baru pihak pembangkang.

Venezuela yang sudah pun dilanda krisis teruk ekonomi, kini nampaknya memasuki tempoh kekacauan politik berlarutan ketika pihak pembangkang yang berani dan kerajaan sosialis Presiden Nicolas Maduro bertegas antara satu sama lain.

Mahkamah Tinggi pada Disember lalu telah menyekat empat ahli undangan, tiga dari parti pembangkang dan seorang bersekutu dengan kerajaan dari menduduki jawatan mereka selepas Parti Sosialis membuat dakwaan tentang perkara yang tidak kena ketika pilihan raya undangan bulan lalu.

Maduro melambai para penyokong di Caracas. – Reuters
Maduro melambai para penyokong di Caracas. – Reuters

Pihak pembangkang menggelarkan perintah itu usaha untuk melucutkan majoriti besarnya dan dengan ingkar melantik juga tiga ahli undangan yang ditegah itu, salah satu dari beberapa pergelutan antara kongres yang baru bersidang dan mahkamah.

“Keputusan yang telah diambil atau akan diambil oleh Perhimpunan Kebangsaan sementara warganegara ini dibentuk adalah batal yang tidak disangsikan lagi,” mahkamah, yang hampir selalu mengeluarkan perintah yang memihak parti memerintah Sosialis, berkata dalam satu kenyataan semalam.

ARTIKEL YANG SAMA