Keputusan penting undang-undang keluarga Rabu ini

Keputusan penting undang-undang keluarga Rabu ini

TOKYO, 14 Dis (AFP) – Mahkamah tertinggi Jepun akan membuat keputusan minggu ini mengenai undang-undang keluarga abad ke-19 yang diselar oleh para pengkritik sebagai seksis dan tidak boleh disentuh.

Mahkamah Agung akan membuat keputusan mengenai kesahan pengharaman selama enam bulan ke atas wanita daripada berkahwin semula selepas perceraian dan satu lagi undang-undang yang memerlukan pasangan mempunyai nama keluarga yang sama, satu keputusan yang amat ditunggu-tunggu pada Rabu ini.

Makamah akan memutuskan sama ada untuk mengekalkan, meminda atau membatalkan perundangan yang berkontroversi tersebut.

Pengharaman berakahwin semula selama setengah tahun dikaitkan dengan peraturan yang kompleks berhubung kesesuaian kelahiran anak damit selepas perceraian – yang bertujuan memastikan sama ada anak damit kepunyaan bekas suami atau pasangan baru keluarga dalam era sebelum ujian DNA dilaksanakan.

Peraturan nama keluarga adalah hasil pelaksanaan sistem feudal keluarga Jepun, yang menyaksikan semua wanita dan kanak-kanak di bawah kawalan ketua isi rumah – secara tradisinya seorang lelaki.

“Malah jika sistem feudal keluarga sudah lama tiada, ramai orang masih mempunyai imej seorang wanita berkahwin dengan suami isi rumah,” kata profesor undang-undang Universiti Waseda, Masayuki Tanamura.

Sistem tersebut dibubarkan pada 1948, sebagai sebahagian pembaharuan meluas yang dilaksanakan selepas pendudukan Amerika Syarikat sejurus tamatnya Perang Dunia Kedua, tetapi kod awam jepun mengekalkan dua artikel – yang akan ditentukan oleh mahkamah minggu ini.

Para aktivis berkata undang-undang itu adalah penerusan gambaran masyarakat negara itu yang didominasi kaum lelaki lebih seabad selepas penguatkuasaan undang-undang berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA