Keputusan peperiksaan melalui SMS

Keputusan peperiksaan melalui SMS

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Ogos – Kementerian Pendidikan dengan kerjasama DST Communication Sdn Bhd (DST), Progresif Cellular Sdn Bhd dan Mach Telecommunication System Sdn Bhd (Mach Tel) sekali lagi akan mengumumkan keputusan-keputusan peperiksaan bagi IGCSE, BC-GCE ‘O’, ‘AS’ dan ‘A’ Level melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) bagi bulan Mei/Jun 2015.

Pelanggan (penuntut dan ibu bapa) yang berhasrat melanggan perkhidmatan ini perlu mendaftar dalam talian melalui portal e-Darussalam di www.gov.bn.

Mereka juga boleh mendaftar melalui khidmat SMS telefon bimbit dengan menaip: MOE jarak REG jarak (Centre Code) jarak (Nombor calon) jarak (Nombor kad pintar calon) dan hantar ke 8885555 bagi pelanggan DST dan 38666 bagi pelanggan Progresif Cellular.

Bagi pendaftaran melalui web portal Kementerian Pendidikan atau telefon bimbit, pelanggan tidak dikenakan bayaran dan boleh mula melanggannya pada Rabu, 19 Ogos 2015 ini.

Keputusan-keputusan peperiksaan hanya akan dihantar kepada pelanggan melalui SMS setelah diluluskan oleh Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan dan akan dikenakan bayaran $3.00 bagi setiap keputusan yang diterima.

Untuk keterangan lanjut mengenai pendaftaran, bolehlah menghantar e-mel kepada mach@machbrunei.com atau melayari laman sesawang di http://www.machbrunei.com/welcome.php.

ARTIKEL YANG SAMA