Keputusan petisyen pilihan raya DUN Pujut 14 Okt ini

Keputusan petisyen pilihan raya DUN Pujut 14 Okt ini

MIRI, 30 Sept – Mahkamah Pilihan Raya menetapkan 14 Okt untuk keputusan petisyen pilihan raya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Pujut, difailkan calon langsung Barisan Nasional (BN) yang kalah, Datuk Hii King Chiong.

Hakim Ravinthran N. Paramaguru membuat keputusan itu selepas kedua-dua pihak membuat penghujahan lisan mereka bagi petisyen pilihan raya itu, satu-satunya kes yang difailkan susulan pilihan raya negeri pada 7 Mei lepas.

Ravinthran berkata beliau perlu meneliti undang-undang berkaitan, keputusan Mahkamah Pilihan Raya terdahulu berhubung kesalahan pilihan raya dan mengkaji penghujahan kedua-dua pihak sebelum membuat keputusan muktamad. – Bernama