Keputusan rayuan minggu depan

Keputusan rayuan minggu depan

JAKARTA, 15 Jun (Reuters) – Mahkamah Indonesia akan membuat keputusan minggu depan berikutan rayuan warga Perancis yang berdepan hukuman mati yang telah menentang keputusan Presiden yang enggan memberikannya pengampunan, hakim memberitahu perbicaraan hari ini.

Pesalah pengedar dadah Serge Atlaoui akan berdepan pasukan tembak dengan beberapa lagi pesalah April lalu tetapi diberikan penangguhan di saat-saat akhir bagi membenarkan penyelesaian rayuan undang-undang.

“Kami menerima hujah daripada kedua belah pihak pembela dan pendakwa dan akan membuatkan keputusan pada 22 Jun,” kata Pengerusi Hakim Ujang Abdullah.

Indonesia menerima kritikan antarabangsa April lalu berikutan pelaksanaan hukuman mati ke atas pengedar dadah asing dari Australia, Brazil, Nigeria dan Ghana meskipun beberapa rayuan pengampunan telah dibuat kepada pihak kerajaan.

Presiden Joko Widodo telah mengisytiharkan perang ke atas apa yang digelarnya “darurat dadah” di Indonesia, salah satu pemasaran narkotik terbesar di Asia Tenggara.

Menteri Luar Perancis memberi amaran kepada Indonesia yang mana mereka akan berdepan dengan akibat jika negara Asia Tenggara itu meneruskan hukuman mati tersebut.

Atlaoui disabitkan hukuman mati kerana penglibatannya di menghasilkan ekstasi di Jakarta yang berupaya menghasilkan 100 kilogram pil haram seminggu.

ARTIKEL YANG SAMA