Keputusan STPUB meningkat

Keputusan STPUB meningkat

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Dis – Keputusan Peperiksaan Pra-Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (Pra-STPUB) dan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) Tahun 1436H/2015 Masihi bagi calon-calon Pra-U 1 dan 2 di Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) dan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) tahun ini telah meningkat.

Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dalam kenyataannya hari ini berkata, keputusan bagi peperiksaan tersebut menunjukkan peningkatan dengan 157 daripada 160 orang calon (98.13 peratus) yang menduduki Peperiksaan Pra-STPUB, memperoleh sekurang-kurangnya satu pangkat Jayyid (Kepujian).

Dan daripada jumlah itu juga, 86 orang calon iaitu 53.75 peratus telah berjaya memperoleh sekurang-kurangnya pangkat Jayyid (Kepujian) dalam semua mata pelajaran yang diduduki iaitu peningkatan sebanyak 0.72 peratus.

Sementara itu, seramai 177 daripada 190 orang calon (93.16 peratus) yang menduduki Peperiksaan STPUB telah lulus peperiksaan berkenaan. Daripada jumlah berkenaan, seramai 54 orang calon iaitu 28.42 peratus   telah   berjaya memperoleh pangkat Mumtaz (cemerlang), di yang menunjukkan peningkatan sebanyak 1.88 peratus.

Calon-calon yang menduduki peperiksaan-peperiksaan berkenaan bolehlah mendapatkan slip keputusan mereka di sekolah masing-masing.

ARTIKEL YANG SAMA