Kerabat diraja meriahkan sambutan Hari Kebangsaan ISB

Kerabat diraja meriahkan sambutan Hari Kebangsaan ISB

Oleh Syahmi Hassan

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Feb – Sambutan Hari Kebangsaan ke-32 terus disemarakkan apabila Sekolah Antarabangsa Brunei turut meraikannya di auditorium sekolah itu di Jalan Utama Salambigar, Kampung Sungai Hanching hari ini.

Berkenan berangkat ke majlis sambutan itu ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Manakala turut berangkat dan mengadakan persembahan permainan Pulau Labi-labi ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim.

YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, YTM Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel dan YTM Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah serta YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim berkenan berangkat ke majlis itu.

pg01_160227_c

YTM Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel dan YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim berkenan bergambar ramai bersama pelajar yang terlibat dalam persembahan sambutan Hari Kebangsaan ke-32 di ISB.
YTM Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel dan YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim berkenan bergambar ramai bersama pelajar yang terlibat dalam persembahan sambutan Hari Kebangsaan ke-32 di ISB.
YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim berkenan menyertai persembahan permainan Pulau Labi-Labi.
YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim berkenan menyertai persembahan permainan Pulau Labi-Labi.

Sambutan turut diserikan dengan persembahan daripada pelajar-pelajar Tahun 3 hingga 6 yang merangkumi persembahan tarian bertajuk ‘Seantero Dunia’, tarian dan lagu patriotik ‘Generasi Berwawasan’ dan juga persembahan bercorak permainan ‘Pulau Labi-labi, tarian Temarok dan Alai Sikap serta permainan tradisional.

ARTIKEL YANG SAMA