Kerabat diraja saksikan persembahan akrobatik

Kerabat diraja saksikan persembahan akrobatik

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mac – Sempena hubungan persahabatan antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China ke-25 tahun, satu persembahan akrobatik diadakan bagi memeriahkan sambutan itu di Auditorium Pusat Seni, Sekolah Antarabangsa Jerudong malam ini.

Berkenan berangkat menyaksikan persembahan itu ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.

Turut berangkat ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Qudduus dan isteri.

Keberangkatan Yang Teramat Mulia telah dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan datin serta Duta Besar Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yang Jian dan Presiden Persatuan Persahabatan Brunei-China, Ang Swee Chuan dan isteri.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna semasa hadir di majlis itu.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna semasa hadir di majlis itu.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna semasa menyaksikan pameran.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna semasa menyaksikan pameran.
Antara persembahan yang diadakan.
Antara persembahan yang diadakan.

pg03_160309_c

Sejurus keberangkatan, Yang Teramat Mulia berkenan menyaksikan pameran foto bersempena hubungan persahabatan Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China ke-25 tahun.

Pada majlis itu, Puan Yang Terutama Yang Jian dalam ucapan alu-aluannya mengatakan persembahan merupakan salah satu usaha bagi mempromosikan persembahan pertukaran kebudayaan ke arah mengukuhkan hubungan kerjasama di antara kedua-dua buah negara yang telah dibina.

Sebanyak 15 persembahan oleh Kumpulan Akrobatik Wilayah Jiangsu, Republik Rakyat China memeriahkan persembahan itu.

ARTIKEL YANG SAMA