Kerabat diraja saksikan persembahan pancaragam AS, ABDB

Kerabat diraja saksikan persembahan pancaragam AS, ABDB

Oleh Fizah HAB

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Nov – Kira-kira 800 pelajar Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) menyaksikan persembahan Pancaragam Armada ke-7 Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), disokong oleh pancaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di teater sekolah itu hari ini.

Berkenan berangkat ke persembahan itu ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah. Berangkat sama ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Haseeb dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raqeeqah Raayatul Bolqiah.

Pancaragam kedua-dua angkatan itu memainkan beberapa lagu popular moden seperti “Uptown Funk” oleh dinyanyikan Bruno Mars dan “Closer” oleh The Chainsmokers, yang dipersembahkan dalam gaya band popular.

Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah kelmarin berkenan berangkat menyaksikan persembahan pancaragam Armada ke-7 Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di Teater Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB). Berangkat sama ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Haseeb dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raqeeqah Raayatul Bolqiah.

Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Haseeb menyaksikan persembahan pancaragam AS dan ABDB.
Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Haseeb menyaksikan persembahan pancaragam AS dan ABDB.

Pancaragam Armada ke-7 Tentera Laut AS adalah sebahagian daripada krew yang berada di Brunei untuk Eksesais Kerjasama Latihan dan Kesediaan Apungan (CARAT) 2016 tentera dua hala tahunan ke-22 antara Brunei Darussalam dan AS.

Ketua Kanan Guy Gregg, Pemimpin Kanan Pancaragam Armada ke-7 berkata, “Kami gembira dengan perkongsian ini bersama Brunei selama 22 tahun, dan berharap ia akan berterusan pada masa depan.”

Pancaragam itu juga akan membuat persembahan secara langsung pada malam Jumaat di Jerudong Park Amphitheatre. Kemasukan adalah percuma dan orang ramai dialu-alukan untuk menghadiri pertunjukan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA