Kerabat diraj...

Kerabat diraja sertai Cabaran Orienteering

Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel bersama rakan sepasukan menemui petunjuk.

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 April – Seramai 172 murid Tahun 5 dan 6 Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB), semalam, telah menyertai ‘Pertandingan Cabaran Orienteering Rumah-rumah’ yang diadakan di Taman Komanwel.

Turut berkenan menyertai pertandingan ialah paduka anakanda dan cucunda-cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Haseeb.

 

ARTIKEL YANG SAMA