Kerabat diraja sertai rentas Desa SR YSHHB

Kerabat diraja sertai rentas Desa SR YSHHB

Oleh Syahmi Hassan

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mac – Lebih kurang 900 murid Tahun 1 hingga Tahun 6 Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) menyertai larian Rentas Desa Antara Rumah-rumah bermula dari sekolah itu hari ini.

Berkenan menyertai rentas desa tersebut ialah cucunda-cucunda Baginda Sultan dan kerabat diraja lain terdiri daripada Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Hafeez (Tahun 3 Mercury), Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raihaanah Hanaa-ul Bolqiah dan Pengiran Anak ‘Abdul Muta’ali Haziq Hamidullah (Tahun 5 Mercury), Pengiran Anak Adriana Haziqah Jaida Bulqiah (Tahun 1 Mars), Pengiran Nur Aabidah Syifa (Tahun 5 Mercury) dan Pengiran Nur Aleeyah Syifa (Tahun 2 Uranus).

Hadir merasmikan acara larian rentas desa itu ialah Pemangku Guru Besar Sekolah Rendah YSHHB, Awang Alimas bin Haji Mohd Ali.

Acara yang merupakan aktiviti tahunan sekolah berkenaan telah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Kumpulan A bagi pelajar Tahun 1 dan Tahun 2; Kumpulan B bagi pelajar Tahun 3 dan Tahun 4; dan Kumpulan C bagi Tahun 5 dan Tahun 6.

Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menganjurkan Larian Rentas Desa Antara Rumah-rumah bermula dari sekolah itu bagi mengakhiri penggal persekolahan pertamanya. – Gambar oleh Muiz Matdani

YAM Pengiran Anak Raihaanah Hanaa-ul Bolqiah.
YAM Pengiran Anak Raihaanah Hanaa-ul Bolqiah.
YAM Pengiran Anak Abdul Hafeez.
YAM Pengiran Anak Abdul Hafeez.
Pengiran Anak ‘Abdul Muta’ali Haziq Hamidullah (hijau).
Pengiran Anak ‘Abdul Muta’ali Haziq Hamidullah (hijau).
Ketua Pegawai Eksekutif Sekolah YSHHB menyampaikan tiket ultraman kepada Pengiran Nur Aabidah Syifa.
Ketua Pegawai Eksekutif Sekolah YSHHB menyampaikan tiket ultraman kepada Pengiran Nur Aabidah Syifa.
Ketua Pegawai Eksekutif Sekolah YSHHB menyampaikan tiket ultraman kepada Pengiran Nur Aleeyah Syifa.
Ketua Pegawai Eksekutif Sekolah YSHHB menyampaikan tiket ultraman kepada Pengiran Nur Aleeyah Syifa.

Pemenang setiap kumpulan terdiri daripada lima orang lelaki dan lima orang perempuan menerima hadiah, manakala 30 orang pemenang terdiri daripada 15 orang pemenang lelaki dan 15 orang lagi pemenang perempuan bagi peringkat Tahun 1 hingga 6 menerima hadiah tiket percuma menonton Ultraman sumbangan Syarikat Human Capacity Building (HCB) Consultancy Service.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sekolah Yayasan, Awang Noorhaizamdin bin Haji Mohd Mosbi.

Acara itu bertujuan membudayakan cara hidup sihat, cergas dan aktif dalam kalangan warga sekolah selain menyihatkan fizikal dan mental serta mengeratkan lagi hubungan sosial antara pelajar, guru dan kakitangan sekolah itu.

ARTIKEL YANG SAMA