Keraian ‘ala Mexico’ untuk Hamilton

Keraian ‘ala Mexico’ untuk Hamilton

MEXICO CITY, 29 Okt (Reuters) – Lewis Hamilton masih mencubit dirinya untuk mempercayai dia adalah juara dunia tiga kali Formula Satu dan realiti petang di Mexico akan memberikannya alasan lebih jauh untuk mempersoalkan realiti tersebut.

Pemandu dari Britain itu, yang memenangi gelaran ketiganya di Austin pada Ahad lalu, diraikan oleh band Mariachi, bermain bola sepak meja dalam gelanggang gusti dengan petarung bertopeng dan diserahkan tengkorok bermanik sebagai hadiah semalam.

“Setiap hari saya bangun dan saya menyukainya, saya tidak mempercayainya. Saya adalah juara dunia tiga kali,” pemandu dari Mercedes itu memberitahu wartawan selepas satu acara yang dianjurkan oleh penaja pasukan, Puma bagi pekerja.

“Saya tidak tahu bila ia berlaku tetapi saya pasti menikmatinya,” jelas Hamilton, yang meraih kemenangan ke-10 musim ini di Texas.

“Apabila orang ramai memberitahu saya, tiga, saya minta mereka mengulanginya kerana ia begitu menarik.” Aktiviti petang memberikannya lebih banyak peluang untuk memikirkan dia masih bermimpi.

Hamilton (atas) diangkat oleh ahli tinju Mexico Mefisto (kiri) sementara Mistico (bawah) terbaring di ‘Arena Mexico’ di Mexico City pada 28 Oktober 2015. – AFP
Hamilton (atas) diangkat oleh ahli tinju Mexico Mefisto (kiri) sementara Mistico (bawah) terbaring di ‘Arena Mexico’ di Mexico City pada 28 Oktober 2015. – AFP

Dia tiba di Arena Mexico, kediaman kepada ahli gusti Lucha Libre dan tempat tinju bagi Olimpik 1968, untuk diraikan di atas pentas yang menghadapi ‘Cielto Lindo’.

Diserahkan sombrero yang besar, yang enggan dipakainya, juara itu kemudian dijemput untuk bermain bola sepak meja di dalam gelanggang menentang “Mistico”, seorang ‘luchador’ bertopeng dalam mantel yang berkilau.

Pemain penyerang kebangsaan Mexico, Oribe Peralta menyertai keraian itu, mengisytiharkan perlawanan itu adalah pasukan Amerika Syarikat menentang kelab pilihan Hamilton, Arsenal.

Selepas pertarungan persembahan, Hamilton melangkah masuk ke dalam gelanggang dan mencampakkan dirinya ke sisi menerusi udara ke arah ‘Mistico’, yang jatuh ke kanvas dan mengaku kalah.

Hamilton kemudian dihadiahkan dengan tengkorak — Grand Prix Mexico pada Ahad bertepatan dengan percutian ‘Day of the Dead’, Mexico — dan bergambar dengan Hamlet ketika jurugambar merakamkannya.

“Saya melihat ini dalam TV, dalam filem, tetapi sebenarnya ia berada di sana dan dalam gelanggang adalah menarik,” katanya.