Kerajaan akur dengan rekaan tambahan pada bendera

Kerajaan akur dengan rekaan tambahan pada bendera

WELLINGTON, 25 Sept (AFP) – Kerajaan New Zealand Rabu lalu akur kepada tekanan awam dan menambah rekaan tambahan bendera pada empat pilihan yang sudah pun dipertimbangkan bagi panji-panji baru negara.

Rekaan yang digelar “Red Peak” telah mendapat sokongan ramai sejak jawatankuasa kerajaan mendedahkan empat pilihan yang disukai bulan ini yang mendapat respons bosan dari orang awam.

Lebih 50,000 orang pula telah menandatangani surat rayuan yang menggesa pemasukan Red Peak dalam undian bagi bendera baru untuk menggantikan bendera yang sedia ada, yang mempunyai bendera Union Jack di bahagian sudut.

Kerajaan pada awalnya enggan berganjak tetapi berlembut di tengah kempen gigih media sosial.

“Tentang perkara sebegini, kita akan menjangka rakyat New Zealand menjadi sedikit agak ghairah, dengan demikian kami memberikan mereka satu lagi pilihan,” Menteri Kabinet Gerry Browniee memberitahu parlimen.

Red Peak mengandungi segi tiga berwarna merah, hitam dan biru dengan marka putih. Pereka, Aaron Dustin berkata ia mengandungi rujukan kepada rupa bumi pergunungan New Zealand dan budaya asli Maori.

Tiga daripada rekaan lain termasuklah daun paku pakis perak, lambang kebangsaan tidak rasmi yang menurut Perdana Menteri John Kerry beliau ingin ia ada pada bendera tersebut.

Rekaan terakhir memaparkan koru atau pelepah paku pakis berwarna hitam dan putih yang berlingkar-lingkar, simbol kehidupan baru dan penciptaan tradisional Maori.

Key telah menggesa bagi bendera baru, dengan mengatakan yang sedia ada peninggalan ketinggalan zaman pemerintahan jajahan Britain dan seharusnya diganti dengan sesuatu yang ‘menggemakan New Zealand’.

Penduduk New Zealand akan memilih kegemaran mereka di antara lima pilihan dalam referendum yang akan diadakan antara 20 November dan 11 Disember.

ARTIKEL YANG SAMA