Kerajaan Belanda lanjut misi tentera hingga 2018

BELANDA, 11 Sept – Kerajaan Belanda berkata ia akan terus menyalurkan sumbangan kepada peperangan menentang kumpulan Islamic State (IS) di Iraq dan Syria, misi pengaman PBB di Mali dan pasukan NATO di Afghanistan.

Kabinet hari ini memaklumkan parlimen tentang pelanjutan penyertaan Belanda tahun depan dalam misi ketenteraan.

Kementerian Luar Negeri berkata dalam kenyataan itu bahawa situasi keselamatan antarabangsa yang rapuh bermaksud ‘Belanda akan terus menunaikan tanggungjawabnya’. Katanya keutamaan dalam misi itu adalah ‘memerangi pengganasan dan mencegah penghijrahan yang tidak tetap’.

Kira-kira 250 askar Belanda akan mengambil bahagian dalam misi Mali pada 2018, kira-kira 100 dalam pasukan Afghanistan NATO dan empat jet pejuang F-16 akan melaksanakan misi menentang IS di Iraq dan timur Syria dari Januari. – AP