Kerajaan China rombak tentera

Kerajaan China rombak tentera

BEIJING, 27 Nov (AFP) – China akan melancarkan reformasi meluas kepada struktur ketenteraannya, lapor media kerajaan, dalam langkah yang dihasratkan untuk meningkatkan kawalan Parti Komunis yang memerintah ke atas Askar Pembebasan Rakyat.

Pasukan bersenjata China telah lama diselubungi rasuah dan ketidakcekapan, meskipun Beijing mengambil pendirian lebih tegas dalam pertikaian wilayah dengan negara-negara jiran Jepun dan Filipina ke atas kepulauan-kepulauan di Laut China Selatan dan Timur.

Kempen anti rasuah Presiden Xi Jinping yang luas publisitinya, yang menurut para pengkritik telah digunakan bagi persaingan puak, telah memerangkap bekas jeneral-jeneral tertinggi Guo Boxiong dan mendiang Xu Caihou yang adalah di antara senarai panjang para pegawai ketenteraan berpangkat tinggi.

Xi memberitahu rundingan tiga hari yang dihadiri oleh 200 pegawai kanan kerajaan dan pegawai tertinggi tentera: “Kepimpinan asasi dan kuasa kawalan tentera mesti berpusat dengan lebih baik di bawah parti dan Suruhanjaya Pusat Ketenteraan (CMC).”

PLA dari segi teknikal sayap bersenjata Parti Komunis, dan bukannya kerajaan China, dan agensi berita rasmi Xinhua memetik Xi sebagai berkata, “Di bawah kepimpinan parti, tentera berubah dari kecil kepada besar, dari lemah kepada kuat, dan daripada kemenangan kepada kemenangan.”

Empat ibu pejabat berpengaruh tentera – kakitangan turus am politik,logistik dan persenjataan akan ‘diaturkan semula’ di bawah CMC, lapor Xinhua selepas rundingan tertutup berakhir semalam.

Jabatan disiplin ketenteraan dan pejabat audit baru akan ditubuhkan sebagai sebahagian dari usaha untuk ‘membuang kotoran yang mana rasuah boleh bangkit dan tumbuh,” lapor Xinhua.

Xi mengulangi semula pengumuman September lalu bahawa bilangan tentera akan dikurangkan dengan 300,000 kakitangan, tetapi berkata China berubah ‘dari negara besar menjadi negara besar dan berpengaruh.”

ARTIKEL YANG SAMA