Kerajaan Colombia, FARC sedia berdamai

Kerajaan Colombia, FARC sedia berdamai

HAVANA, 23 Jun (AFP) – Kerajaan Colombia dan tentera gerila FARC berkata mereka akan menandatangani satu gencatan senjata hari ini dalam salah satu langkah terakhir untuk menamatkan perang saudara paling lama di Latin Amerika.

Tindakan itu menandakan berakhirnya konflik setengah abad yang telah membunuh beratus ribu orang di hutan negara penghasilan kokain utama.

“Kami berjaya mencapai perjanjian pelucutan senjata dua hala dan menamatkan keganasan,” kata kedua-dua pihak dalam satu kenyataan bersama semalam.

Perjanjian itu menyelesai salah satu perkara terakhir dalam rundingan perdamaian di antara kerajaan dan Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC), kumpulan pemberontak terbesar negara.

“Hari ini, 23 Jun, kami akan mengumumkan hari terakhir peperangan,” tulis komander FARC Carlos Lozada. Perjanjian itu dijangka dilancarkan secara formal hari ini pada satu majlis bersama Presiden Colombia Juan Manuel Santos dan komander FARC Timoleon Jimenez, kata kenyataan.

Komander gerila FARC, Marcos Calarca (kanan) membacakan satu kenyataan di Convention Palace, Havana, kelmarin. Kerajaan Colombia dan FARC akan menandatangani satu gencatan senjata hari ini untuk menamatkan perang saudara paling lama di Latin Amerika. – AFP
Komander gerila FARC, Marcos Calarca (kanan) membacakan satu kenyataan di Convention Palace, Havana, kelmarin. Kerajaan Colombia dan FARC akan menandatangani satu gencatan senjata hari ini untuk menamatkan perang saudara paling lama di Latin Amerika. – AFP

Pemimpin dan pegawai luar negara termasuk Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon akan menghadiri majlis tersebut pada awal petang ini, tambahnya. Santos berkata pada minggu ini beliau berharap dapat memeterai satu perjanjian perdamaian penuh pada 20 Julai.

“Esok adalah hari yang hebat!” tulis beliau di Twitter semalam. “Kami mengusahakan perdamaian untuk Colombia, satu impian yang mulai menjadi kenyataan.”

Konflik Colombia bermula sebagai pemberontakan luar bandar pada 1960. Ia telah menarik pelbagai kumpulan pemberontak berhaluan kiri, tentera separa sayap kanan dan geng dadah beberapa dekad lalu.

ARTIKEL YANG SAMA