Kerajaan gant...

Kerajaan gantung projek aluminium

BEIJING, 15 Feb – Kerajaan bandar minyak dekat sempadan China dengan Rusia berkata hari ini bahawa ia menggantungkan projek kilang aluminium ekoran bantahan di jalan raya oleh beberapa penduduk berhubung kebimbangan pencemaran, dalam tanda terbaru meningkatnya kesedaran persekitaran dikalangan sesetengah warga China.

Semalam, lebih 200 orang pembantah menghadapi berbelas-belas orang pegawai polis di luar ibu pejabat kerajaan Daqing dan melaungkan tidak kepada rancangan kilang itu oleh pengeluar aluminium Zhongwang Holdings Ltd. Seorang penduduk yang dihubungi melalui telefon yang merahsiakan identitinya kerana bimbang akan tindakan balas, berkata bantahan itu telah mengambil tempat sejak awal bulan ini.

Kerajaan bandar Daqing, dan Zhongwang telah menandatangani perjanjian untuk bekerjasama berhubung kilang itu pada 2011. ia masih merancang peringkat-peringkat dan kedua belah pihak itu mengatakan ia akan mewujudkan lebih 30,000 peluang pekerjaan. – AP

ARTIKEL YANG SAMA