Kerajaan Jerman setuju ketatkan peraturan suaka

Kerajaan Jerman setuju ketatkan peraturan suaka

BERLIN, 29 Jan – Rakan campuran Canselor Jerman Angela Merkel, pihak konservatif dan Sosial Demorat berhaluan kiri (SPD) semalam bersetuju untuk mengetatkan peraturan suaka, dengan mencapai kesepakatan tentang bagaimana untuk membendung kemasukan pendatang yang mencecah sejuta orang tahun lalu.

Langkah baru itu termasuklah tegahan dua tahun ke atas penyatuan semula keluarga bagi pencari suaka yang telah diberikan perlindungan terbatas pelarian dan mencepatkan penghantaran pulang pemohon-pemohon yang gagal, menurut Menteri Ekonomi Sigmar Gabriel, yang mengumumkan kesepakatan itu.

Pertikaian berhubung peraturan imigresen lebih ketat telah menjejaskan campuran memerintah yang termasuklah parti Merkel, Demokrat Kristian (CDU), dan parti bersekutu yang beribu pejabat di Bavaria,Parti Kesatuan Sosial Kristian(CSU) dan juga parti Gabriel, SPD.

Ketiga-tiga parti ingin menunjukkan para pengundi bahawa di sebalik perpecahan dalam, kerajaan mengawal krisis orang pelarian sebelum tiga pengundian negeri pada Mac dan pilihan raya umum tahun depan.

“Suasana baik,” Gabriel memberitahu para pemberita, dengan membayangkan perpaduan dikalangan tiga parti selepas ketegangan berminggu-minggu ekoran ancaman ketua CSU Horst Seehofer untuk membawa kerajaan Merkel ke mahkamah jika tuntutannya untuk membendung aliran pencari suaka tidak dipenuhi.

Merkel tiba untuk memberi ucapan pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan perdana menteri negeri di Canselori di Berlin, Jerman. - Reuters
Merkel tiba untuk memberi ucapan pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan perdana menteri negeri di Canselori di Berlin, Jerman. – Reuters

Peraturan baru, yang dilaksanakan sejak November dan memerlukan program bagi mengintegrasikan orang pelarian, juga termasuklah mencepatkan proses bagi para pemohon dari negara-negara yang dipanggil negara selamat dan mengurangkan sokongan kewangan bagi pencari suaka.

Merkel, yang popularitinya telah menurun ekoran cara beliau mengendali krisis ini, juga mengadakan rundingan dengan ketua-ketua 16 negeri Jerman yang menuntut lebih banyak dana kerajaan bagi kursus Jerman, sekolah-sekolah dan tadika-tadika dan pengawasan.

Bandar-bandar dan desa-desa Jerman mengatakan kemasukan 1.1 juta pencari suaka tahun lalu telah membataskan sumber mereka dan mereka tidak akan mampu menempatkan pendatang-pendatang baru jika bilangan tidak turun.

Gabriel berkata sementara pengetatan peraturan untuk tidak menggalakkan para pendatang dari sampai ke Jerman secara haram, kerajaan mahu membawa orang pelarian Syria dari khemah-khemah di Lubnan dan Jordan.

Kerajaan juga mahu menamai Mahgribi, Tunisia dan Algeria sebagai negara-negara selamat untuk memudahkan penghantaran balik para pemohon dari negara-negara itu, Maghribi semalam mengumumkan ia telah bersetuju untuk menghantar balik pendatang haram dari Jerman. – Reuters