Kerajaan perpaduan Libya huru-hara

Kerajaan perpaduan Libya huru-hara

TRIPOLI, 7 April (AFP) – Kerajaan perpaduan baru Libya menjadi huru-hara semalam, apabila ketua pihak berkuasa yang berpangkalan di Tripoli enggan melucutkan kuasa.

Bercanggahan dengan pengumuman sebelumnya di mana Kerajaan Penyelamat Nasional bersedia untuk bersara, perdana menteri Tripoli Khalifa Ghweil menggesa menterinya supaya jangan meletak jawatan.

“Disebabkan keperluan kepentingan awam, anda diminta supaya meneruskan misi anda mengikut undang-undang,” kata beliau, mengugut akan mendakwa sesiapa yang bekerja dengan kerajaan baru.

Sebab-sebab perubahan berlawanan adalah tidak jelas, tetapi mencadangkan satu pepecahan dalam pihak berkuasa Tripoli yang merampas bandar dua tahun lalu sekaligus mengusir kerajaan yang diiktiraf oleh dunia.Tindakan tersebut menjejas usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menamatkan ketidakstabilan yang telah memecah-belahkan Libya selama lima tahun, pada hari sebelum dutanya Martin Kobler melaporkan kepada Majlis Keselamatan mengenai perkembangan beliau.

Gambar fail bertarikh 13 Ogos 2015 menunjukkan Khalifa Al-Ghwell menyampaikan ucapannya dalam satu majlis sempena ulang tahun ke-75 penubuhan tentera di Dataran Martyrs di tengah-tengah ibu negara Libya, Tripoli. – AFP
Gambar fail bertarikh 13 Ogos 2015 menunjukkan Khalifa Al-Ghwell menyampaikan ucapannya dalam satu majlis sempena ulang tahun ke-75 penubuhan tentera di Dataran Martyrs di tengah-tengah ibu negara Libya, Tripoli. – AFP

Tidak adanya reaksi daripada pentadbiran bakal perdana entei Fayez al-Sarraj, yang nampaknya memperkukuhkan kawalannya ke atas kewangan dan institusi negara.Pentadbiran Ghweil menawan Tripoli pada pertengahan 2014 dengan sokongan militia berpengaruh, memaksa kerajaan yang disokong oleh komuniti antarabangsa melarikan diri ke kawasan timur negara.

Satu percubaan oleh pihak berkuasanya untuk mengekal kuasa di ibu negara mungkin mencetuskan pergolakan baru di sebuah negara yang telahpun bergelut sejak Muammar Gaddafi disingkirkan pada 2011. Kerajaan Perjanjian Negara Sarraj ditubuhkan di bawah perjanjian perkongsian kuasa yang dipersetujui oleh penggubal undang-undang pada Disember.

ARTIKEL YANG SAMA