Kerajaan Syria luluskan perjanjian Amerika Syarikat, Rusia

Kerajaan Syria luluskan perjanjian Amerika Syarikat, Rusia

DAMSYIK, 11 Sept – Kerajaan Syria “meluluskan” gencatan senjata yang diusahakan Rusia dan Amerika Syarikat (AS), kata agensi berita SANA, semalam.

“Kerajaan Syria sudah meluluskan perjanjian dan permusuhan itu akan mula dihentikan dari Aleppo atas alasan kemanusiaan,” agensi itu melaporkan

Memetik sumber sebagai berkata, antara matlamat perjanjian itu adalah untuk “mencapai penyelesaian politik, yang perlu untuk Syria.”

Perjanjian yang dipersetujui Moscow dan Washington itu adalah saranan untuk menghentikan peperangan di seluruh negara dan meningkatkan bantuan kemanusiaan terutamanya di bandar Aleppo.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry (kiri) dan Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov semasa sidang akhbar bersama selepas mesyuarat membincangkan krisis di Syria, di Geneva, Switzerland, Jumaat lalu. – AP

“Keseluruhan perjanjian dicapai dengan pengetahuan kerajaan Syria,” lapor SANA.

Pada masa sama, Jawatankuasa Rundingan Tertinggi Pembangkang (HNC) semalam berkata, mereka masih belum menerima “teks rasmi” perjanjian.

“Sebaik saja kami menerimanya, HNC akan mengkaji butiran dan kaedah untuk melaksanakannya,” kata HNC dalam laman web bertulis dalam bahasa Arab.

Mengetuai ahli HNC, Bassma Kodmani memberitahu AFP bahawa kumpulannya “berhati-hati mengalu-alukan” per-janjian itu tetapi sangsi Damsyik akan mematuhinya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA