Kerajaan Zimbabwe ambil alih semua lombong berlian

Kerajaan Zimbabwe ambil alih semua lombong berlian

HARARE, 7 Mac (AFP) – Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe telah mengumumkan bahawa kerajaan akan mengambil alih semua lombong berlian negara untuk menghentikan firma-firma asing daripada menyalurkan keluar batu permata tanpa mengumumkannya.

“Kami tidak mendapat banyak (wang) dari industri berlian sama sekali,” kata Mugabe dalam temu bual dua jam lewat Khamis oleh penyiaran kerajaan Zimbabwe Broadcasting Corporation.

“Rakyat kami….tidak dapat melihat atau mendengar apa yang berlaku dan banyak berlakunya penipuan, penyeludupan berlaku dan syarikat-syarikat yang telah melombong hampir-hampir merompak kekayaan kami.

“Kami memutuskan bahawa kawasan ini seharusnya kawasan monopoli dan hanya kerajaan sahaja yang sepatutnya melakukan perlombongan itu.”

ARTIKEL YANG SAMA