Kerana hati buyah, didenda $1,500

Kerana hati buyah, didenda $1,500

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Jun – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhkan hukuman denda $1,500 ke atas seorang lelaki tempatan selepas mengaku bersalah memiliki 222.2 kilogram hati buyah yang tidak diisytiharkan.

Haji Hamidon bin Haji Jamil, 39, dari STKRJ Kampung Tanah Jambu diberi tempoh empat bulan oleh Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli untuk membayar denda atau berdepan empat bulan penjara.

Tertuduh menghadapi pertuduhan memiliki hati buyah yang tidak diisytiharkan pada 26 Jun 2013 kira-kira 3:47 petang di kawasan Sungai Teritip Kampung Pengkalan Sibabau, Jalan Kota Batu.

Fakta kes menyebut, pegawai dari Unit Kawalan Makanan Halal telah membuat pemeriksaan ke atas kenderaan tertuduh setelah menerima maklumat daripada orang ramai.

Dalam siasatan, tertuduh mengaku memiliki hati buyah yang diragui kehalalannya itu dari Limbang.

ARTIKEL YANG SAMA