Keranda 3,000 tahun ditemui

Keranda 3,000 tahun ditemui

ZHENGZHOU, 26 April – Tiga set keranda, dipercayai berusia 3,000 tahun lalu, telah ditemui di Wilayah Henan, tengah China.

Ia telah digali kelmarin dan dibawa ke sebuah muzium di Bandar Anyang, menurut sumber arkeologi tempatan hari ini.

Bulan lalu, seorang penduduk di Mukim Neihuang Anshang menemui makam purba semasa menggali di tanur bata. Dia menemui barangan gangsa serta tulang manusia dan haiwan kira-kira 10 meter dalamnya di bawah tanah.

Berikutan penggalian awal, pakar daripada institusi kebudayaan relik dan arkeologi Anyang mendapati 22 makam dari Dinasti Shang (1600 Sebelum Masihi – 1046 Sebelum Masihi), yang kedua dalam sejarah China.

Mereka menemui tiga set keranda dalaman dan luaran yang diperbuat daripada kayu sipres dari makam tersebut, serta keranda tunggal. Pada zaman purba, orang Cina menggunakan keranda luaran untuk melindungi keranda dalamannya.

Kong Deming, ketua institut itu, memberitahu Xinhua bahawa ia adalah luar biasa untuk melihat keranda yang masih dalam keadaan baik daripada Dinasti Shang.

“Ia adalah tempat pengebumian sebuah keluarga,” ujarnya. “Pemiliknya merupakan orang yang kaya, kemungkinan golongan aristokrat.” – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA