Kerani pecah amanah dipenjara 18 bulan

Kerani pecah amanah dipenjara 18 bulan

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160916_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Sept – Seorang kerani akaun di sebuah syarikat swasta diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara selama 18 bulan, bermula hari ini, setelah Mahkamah Perantaraan menolak permohonan pelaksanaan penangguhan hukuman selepas disabit atas pertuduhan pecah amanah.

Purwanti Jong didapati bersalah oleh Hakim Haji Abdullah Soefri bin Pehin Dato Haji Abidin kerana melakukan pecah amanah membabitkan wang berjumlah $34,039.44 sen milik PDB Gemilang Sdn Bhd.

Dia melakukan kesalahan itu antara Mei 2011 hingga April 2012, dan sekitar Julai 2012.

Terdahulu, Peguam Rudi Lee yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan dan pertimbangan mahkamah dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak guamnya yang mempunyai dua orang anak yang masih kecil namun pihak pendakwaan memohon untuk hukuman berat dikenakan kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh dianggap ‘serius’.

Hakim selepas mempertimbangkan semua hujahan yang diketengahkan oleh pihak peguam bela dan pendakwaan telah memutuskan bahawa hukuman penjara adalah sesuai untuk tertuduh.

ARTIKEL YANG SAMA