Kerani salah guna wang, kena 7 bulan

Kerani salah guna wang, kena 7 bulan

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Feb – Bekas penolong kerani di Bahagian Pentadbiran Farmasi, Kementerian Kesihatan telah dijatuhi hukuman tujuh bulan penjara oleh Mahkamah Perantaraan di sini, hari ini, atas pertuduhan menyalahgunakan wang berjumlah lebih $10,000.

Hakim Haji Abdullah Soefri bin Pehin Dato Haji Abidin memutuskan hukuman itu ke atas Asdiana binti Haji Idris selepas mengaku bersalah atas dakwaan itu.

Fakta kes menyebut, antara 2007 dan 2012, Asdiana telah ditugaskan untuk menerima pembayaran berbentuk wang tunai atau cek daripada syarikat yang mengimport kelengkapan kecantikan, dan pada masa yang sama turut ditugaskan untuk mengeluarkan resit.

Antara Julai 2011 dan Februari 2012, tertuduh telah membuat salinan resit dengan menulis jumlah berbeza, yang tidak selaras dengan jumlah dalam resit asli.

pg06_160212_mahkamah logo

Terdapat tiga resit untuk setiap nombor siri dalam resit buku tersebut di mana tertuduh mengeluarkan jumlah yang dibayar oleh syarikat pada resit pertama dan memberinya pada syarikat untuk penyimpanan rekod.

Tertuduh selepas itu menggunakan kertas karbon untuk menulis jumlah yang lebih rendah daripada yang diterima pada resit kedua dan ketiga dari siri nombor yang sama sebelum memberikan salinan resit itu kepada pegawai atasannya dan juga ke Kementerian Kesihatan.

ARTIKEL YANG SAMA