Kerber julang trofi Stanford

Kerber julang trofi Stanford

STANFORD, AS, 10 Ogos (AFP) – Angelique Kerber dari Jerman merangkul gelaran keempat tahun ini selepas menundukkan bintang yang semakin meningkat Karolina Pliskova dalam maraton final tiga set di kejohanan WTA Stanford semalam.

Kerber, yang diletakkan sebagai pilihan kelima, memerlukan dua jam dan tujuh minit untuk mencatatkan kemenangan 5-7, 6-3, 6-4 ke atas Pliskova dari Republik Czech yang menamatkan perlawanan dengan kesilapan pukulan forehand.

“Kami sentiasa mempunyai pertempuran yang sukar apabila menentang satu sama lain,” kata Kerber mengenai pertemuan dengan Pliskova.

Kerber meledak dengan 27 kemenangan dan melakukan hanya 14 kesilapan mudah apabila gagal untuk mengatasi Pliskova yang lebih kuat dan lebih tinggi (1.86 meter).

Kerber kini mempunyai empat gelaran Jelajah WTA musim ini dengan masing-masing satu di gelanggang tanah liat, gelanggang hijau, gelanggang keras dan rumput. Kejayaan itu mengikat beliau dengan Serena Williams dari AS yang menang paling kerap dalam 2015.

Kerber mengucup trofi Kejohanan Stanford selepas menewaskan Pliskova semalam. – AFP
Kerber mengucup trofi Kejohanan Stanford selepas menewaskan Pliskova semalam. – AFP

Pliskova, yang membuat 52 kesilapan mudah menentang Kerber, akan tersenarai dalam 10 pemain teratas buat kali pertama apabila ranking baru dikeluarkan dalam beberapa hari lagi.

Pliskova yang bergurau mengenai tewas kepada Kerber buat kali kedua dalam final kepada Kerber selepas itu berkata: “Saya sebenarnya hanya tidak mahu menentang beliau lagi dalam peringkat akhir.

“Dia sudah dapat 2-0 berbanding saya, jadi pada masa akan datang saya berharap dapat menentang orang lain,” kata beliau.

Dalam perkembangan lain, Kei Nishikori dipaksa bermain tiga set sebelum mengetepikan pemain Amerika Syarikat, John Isner 4-6, 6-4, 6-4 sekali gus menjuarai Tenis Terbuka Washington, semalam.

Pemain berusia 25 tahun itu memenangi kejuaraan ATP ketiganya musim ini dan yang ke-10 sepanjang kariernya. Sebelum ini, pemain tenis Asia nombor satu itu mempertahankan kejuaraannya di Memphis dan Barcelona.

Berikutan kemenangan itu, Nishikori membawa pulang wang hadiah AS$343,000 pada kejohanan pemanas badan sebelum bermulanya Terbuka Amerika Syarikat tiga minggu lagi.

ARTIKEL YANG SAMA