Kerber rai kemenangan

Kerber rai kemenangan

BERLIN, 4 Feb – Juara Terbuka Australia dari Jerman, Angelique Kerber membawa kemenangan dari Melbourne ke Leipzig semalam menjelang pertemuan Piala Fed negaranya menentang Switzerland.

Pemain itu, 28, dihujani oleh persoalan wartawan sejak menewaskan Serena Williams dalam pertandingan Sabtu lalu untuk memenangi gelaran Grand Slam pertamanya.

Rakan senegaranya dari Jerman mendapatkan ujian yang menyelubungi Kerber dalam sidang akhbar bagi pertandingan pusingan pertama Kumpulan Dunia menentang Switzerland.

“Bagaimana semangat Jerman anda? apa yang anda fikir mengenai virus Zika?, apa yang anda lakukan dengan hadiah kewangan mereka?”. Hanya beberapa soalan mengenai Kerber, sekarang rangking nombor dua dunia, menghadapi sekitar 80 wartawan di Leipzig.

Rakan sepasukan Kerber, Andrea Petkovic bergurau bagaimana pauskan Piala Fed Jerman seharusnya menikmati bilik sidang akhbar yang penuh ‘atau kami hanya berdiri di depan dua orang dan kami kami mungkin mengadakannya (sidang akhbar) di tandas.”

Kerber ketika bercakap kepada media selepas ketibaannya di lapangan terbang Poznan. - Reuters
Kerber ketika bercakap kepada media selepas ketibaannya di lapangan terbang Poznan. – Reuters

Sejak berlepas dari Melbourne pada malam Ahad lalu, Kerber berada dalam permintaan tinggi oleh media Jerman dan bertahan dari temu bual sejak mendarat di Frankfurt awal pagi Isnin lalu.

Kapten Piala Fed bagi pasukan Jerman, Barbara Rittner sedar mengenai bebanan terhadap pemain bintangnya.

‘Ini adalah tindakan seimbang bagi kami semua, tetapi terutamanya bagi Angie,’ kata Rittner, rakan baik ikon tenis dari Jerman, Steffi Graf.

Rittner berharap untuk menggariskan kedudukan di bawah keadaan dari hari ini.

“Kemudian saya akan hanya focus pada pertandingan pertama pada Sabtu,’ kata Kerber.

Pasukan Switzerland bukanlah pesaing yang mudah dengan pemain veteran Martina Hingis berada di rangking nombor satu dunia bagi bergu, sementara Belinda Bencic dan Timea Bacsinzky di 15 kedudukan terbaik.

Dalam perbandingan, Kerber adalah satu–satunya pemain dari Jerman berada dalam 20 rangking teratas. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA