Kerber raih gelaran pertama padang rumput

Kerber raih gelaran pertama padang rumput

LONDON, 22 Jun (AFP) – Bekas semi finalis Wimbledon Angelique Kerber berjaya merangkul gelaran pertama gelanggang rumput dengan kemenangan 6-7 (5) 6-3 7-6 (4) ke atas pemain Republik Czech Karolina Pliskova di AEGON Classic, Birmingham semalam.

Kerber mensia-siakan empat mata set sebelum kalah perlawanan pembukaan tetapi bangkit lagi apabila membuat servis ketika kedudukan 5-4 pada set ketiga sebelum lebih mantap sehingga meraih gelaran.

“Saya rasa ini benar-benar istimewa bagi saya kerana ia gelaran pertama saya di gelanggang rumput dan di Birmingham saya mempunyai minggu yang hebat,” kata Kerber, yang mara ke separuh akhir Wimbledon pada 2012.

Pemain dunia nombor 10 itu berkata, kemenangan di Birmingham adalah persediaan yang sempurna untuk Wimbledon yang bermula minggu depan.

“Matlamat saya datang ke Birmingham adalah untuk mendapatkan banyak perlawanan, dan kini saya sudah ada lima saya dalam seminggu. Jadi ia adalah persediaan yang baik sebelum Wimbledon.

Angelique Kerber bersama Piala AEGON Classic selepas berjaya menewaskan Karolina Pliskova semalam. – Reuters
Angelique Kerber bersama Piala AEGON Classic selepas berjaya menewaskan Karolina Pliskova semalam. – Reuters

“Saya hanya menikmati hari ini dan kita akan lihat apa yang datang seterusnya dan kita akan melihat apa yang akan berlaku di sana,” katanya.

Sebelum ini, Pliskova merupakan pilihan juara dan nampak hampir menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik dunia setelah mengetepikan pencabar yang dianggap giant kiler, Kristina Mladenovic dan mengatasi cuaca buruk untuk melangkah ke final kejohanan tenis Birmingham, kelmarin.

Pliskova melakar kemenangan 6-2, 7-6 (8/6) ke atas Mladenovic, pemain bukan pilihan dari Perancis yang berjaya menyingkirkan tiga pemain pilihan dalam perjalanan ke separuh akhir.