Kerber rampas kedudukan nombor 1

Kerber rampas kedudukan nombor 1

NEW YORK, 5 Sept – Angelique Kerber mara ke suku akhir Terbuka AS semalam yang menyaksikan Serena Williams perlu mara ke final untuk berpeluang bagi mengembalikan kedudukan nombor satu dunia.

Kerber menewaskan Petra Kvitova 6-3, 7-5 untuk memberikan tekanan ke atas pemain AS yang melihat bagi memecahkan rekod Steffi Graf 186 minggu sebagai pemain nombor satu dunia.

Jika Kerber mara ke final, Williams perlu memenangi gelaran itu untuk terus kekal di atas.

“Ketika saya kecil, sudah tentu saya mengimpikan memenangi Slams dan satu hari nanti menjadi pemain no.1, dan sekarang ia boleh berlaku,” kata Kerber.

Angelique Kerber mara ke suku akhir sekali gus merampas kedudukan pemain nombor satu dunia daripada Serena Williams buat seketika. – AFP
Angelique Kerber mara ke suku akhir sekali gus merampas kedudukan pemain nombor satu dunia daripada Serena Williams buat seketika. – AFP

“Tetapi saya cuba untuk tidak meletakkan tekanan ke atas diri saya, kerana saya tahu saya perlu menang beberapa pertandingan untuk berada di kedudukan no.1.

“Apabila ia berlaku, ia adalah perasaan yang luar biasa, kerana ia juga menjadi salah satu impian saya ketika kecil.” Kerber akan berdepan Roberta Vinci dari Itali untuk mara ke separuh akhir. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA