Kerber tamatkan kempen Konta

Kerber tamatkan kempen Konta

MELBOURNE, 28 Jan – Angelique Kerber menamatkan kemaraan Johanna Konta di Terbuka Australia sebentar tadi dengan mencatat kemenangan 7-5 6-2 sekali gus melangkah ke final Grand Slam pertamanya.

Kerber menumbangkan pemain British itu hanya dalam masa 82 minit di gelanggang Rod Laver Arena. Kerber dari Jerman akan bertembung dengan juara bertahan, Serena Williams.

Dia juga mencatat sejarah manis apabila menjadi pemain pertama Jerman beraksi di final di Melbourne Park sejak Anke Huber melakukannya pada 1996.

Konta, yang menjadi pemain wanita pertama Britain melangkah ke separuh akhir Terbuka Australia selepas 39 tahun, dilihat gementar untuk melalui perlawanan bertemu lawannya yang berusia 28 tahun itu yang mempunyai servis kuat serta hantaran deras. – AFP