Kerber teruskan kemaraan di Terbuka Wuhan

Kerber teruskan kemaraan di Terbuka Wuhan

WUHAN, China, 28 Sept – Angelique Kerber terselamat pada perlawanan pertamanya sebagai pemain nombor satu dunia sementara juara Terbuka Perancis Garbine Muguruza tersingkir di kejohanan Terbuka Wuhan awal pagi tadi.

Juara Terbuka AS dan Australia itu, yang diberikan bye pada pusingan pertama, melakukan permulaan yang meyakinkan sebelum kehilangan dua mata set dan membenarkan Kristina Mladenovic memenangi set pertama dalam tie break.

Namun pemain Jerman itu tidak mempunyai masalah pada permainan selebihnya, memenangi 6-7 (4/7), 6-1, 6-4 untuk berdepan juara Wimbledon Petra Kvitova di pusingan ketiga.

“Saya cuba untuk mencari rentak saya kerana saya tidak bermain permainan terbaik saya di set pertama,” pilihan utama Kerber berkata selepas perlawanan itu.

Sementara itu, Muguruza tidak mampu mengatasi bekas pemain nombor satu dunia Jelena Jankovic, mendesaknya ke saingan tie break pada set kedua namun masih belum mencukupi untuk tewas 6-4, 7-6 (7/2).

Angelique Kerber ketika beraksi dalam perlawanan tersebut. – AFP
Angelique Kerber ketika beraksi dalam perlawanan tersebut. – AFP

“Saya berasa saya mengawal perlawanan itu, namun pukulan terakhir tidak berada di sana. Saya mungkin melakukan terlalu banyak kesilapan menentang Jankovic,” dia memberitahu para wartawan.

Pemain Sepanyol itu memenangi gelaran Grand Slam pertamanya di Roland Garros tahun ini dan naik ke kedudukan nombor dua dunia, namun kekalahan di pusingan awal di Wuhan meletakkan kelayakannya bagi lapan pemain terakhir di WTA Final di Singapura dalam keraguan.

Muguruza adalah mangsa pemain pilihan kedua hari ini selepas finalis Terbuka AS tahun lepas Roberta Vinci tewas kepada Yaroslava Shvedova 7-5, 6-2, kekalahan keduanya di tangan pemain Kazakh itu tahun ini.

Johanna Konta dari Britain pula menerima tentangan hebat sebelum menewaskan pemain tuan rumah Zhang Shuai dalam dua set 6-3, 6-3 sementara pemain pilihan keempat Agnieszka Radwanska mara ke pusingan ketiga setelah menewaskan Ekaterina Makarova dari Rusia. – AFP